Saturday, 30 April 2011

Pengapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasa seakan sunyi saje blog zira hari ni ye.. Hari ini tiada cerita yang nak dishare sangat.. Keletihan barangkali.. Aktiviti hari ni.. Zira dah byr deposit doorgift untuk tetamu majlis di rumah zira. Huih... boleh la ketepikan sekejap pasal doorgift pasni.. ;) Aa... baju untuk khatam Al-Quran, baju nikah dan juga baju kurung yang nak diletakkan kat hantaran pun zira dah hantar kat butik with the design. Boleh la ketepikan tentang baju tersebut. Kalau nak fikir pasal baju.. fikir al baju sanding..berinai..bertandang..dengan dress untuk post wedding.. Adoi..pening balik. Y'll rasa.. awal GILER ek zira hantar baju nikah? Takpe..doa-doa je badan tak nek.. jenuh nk betulkan jap lagi.. td masa hntar pun zira siap pesan camni..

"Kak, basi baju zira tu lebeykan skit..takut TERnaik lak badan ni ha..."

Hahaha..sengal x saya ini.. kui kui kui~
Okay..seterusnya..perkara lain yang harus dilakukan sepanjang weekend ini...ESOK, kena ambil sijil kursus kahwin kat putajaya. Sesungguhnya jauh juga perjalanan itu..agak meletihkan...haiz~ Nasib baik pergi bersama insan tercinta.. jauh pun tak mengapa..ngeheee ;p Selepas ambil sijil tersebut boleh la singgah ke alamanda. Nak pergi mane ea... MPH! nak cari sticker, paper and sgala benda untuk HAND BLOG sayeeee (^_^) Lagi...nak gi HABIB JEWELS boleh x bang???? Errr..x nak la tanya soklan tu. Mesti kena marah.. Kikiki~ Ohh ya... maw cari makanan yang lazat-lazat... Lagi.....? Eh.. esok malam abg syg kije la..lupe pulak... nak pergi foya-foya ea... huhu..

Oh.. esok nk bank in deposit MUA tuk booking! ri tu da janji dengan Kak Awin nak bagi deposit da.. pelupa beno...

After deposit sana..deposit sini.. rasa ringan juga la sikit.. janji dah booking..senang la.. ;)
Tapi...zira ada masalah lagi... siapa yang nak di jadikan pengapit ni.... :(
Sape..? sape.....huwaaa.........tak ada idea la.... pening nya..... Zira nk kena fikir perihal pengapit sudah.. kalau leh... nak decide dalam bulan 7 atau bulan 8 nanti.. Haaa.. Siapakah gerangan yang akan dilamar oleh ku?

"Will you be my bridesmaid?"
Hihihihihihih~




Lots of LOVE!;
Qaseh AzRin

Informasi tentang TUDUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disebabkan asyik teringatkan inner yang zira tinggalkan kat butik tuk attach lace and manik serta teringatkan nida..zira terasa nk tulis psl ni. Mana yang boleh zira share lah ye.. sbb gambar x de lagi.. lagi pun x habis research lagi..info ni zira kumpul-kumpul la dari macam-macam magazine..so now I share for b2b who want to know about this.

Sekarang banyak sangat fashion tudung yang kuar kan.. tapi..klu untuk wedding.. apa sebenarnya yang sesuai dengan kita agaknya. Pada pendapat zira la kan.. on that day..JUST BE YOURSELF, YOUR WEDDING YOUR DECISION. So, wearing something yang y'll comfortable and y'll rase match dengan diri y'll. No need kot pakai yang pelik sgt sbb takut ianya tidak sesuai dan kita rase menyesal di hari bersejarah kita. Selalunya memang mak andam akan sediakan tudung sekali.. tapi better lah y'll minta mak andam tu review pada y'll awal-awal.. than klu y'll rasa x sesuai atau tak suka.. baik y'll cari sendiri atau request pada mak andam tentang tudung yang sesuai dgn diri anda. Apa-apa pun do something yang ASALKAN PUAS HATI DAN YAKIN TIME NAK BERSANDING.

Jadi..apa fashion tudung yang popular sekarang?

TUDUNG AWNING (Pengeras depan)

Tudung ini menjadi pilihan ramai sekarang kerana tudung jenis ini boleh di pakai terus atau boleh juga dilapiskan dengan chiffon untuk nampak lebih kemas serta mampu dipadankan dengan apa jua aksesori lain. 

Untuk nampak lebih bergaya, boleh juga ditampalkan dengan lace yang sama dengan baju dan ditambah juga dengan manik pada bahagian awning tersebut.

Selepas itu, serikan lagi dengan layah (veil) untuk majlis bersanding atau selendang untuk majlis bertunang atau nikah.

Tapi perlu ingat ye..tidak semua orang sesuai akan jenis berawning ini. Jadi, cuba terlebih dahulu dan pastikan sama ada ia sesuai atau tidak dengan bentuk muka anda.
Pada mereka yang mempunyai bentuk muka yang bulat dan berkeinginan memakai tudung awning, disarankan memakai tudung yang berawning panjang melepasi paras bawah tulang pipi. Zira bagi contoh awning panjang dan pendek untuk menjelaskan anda ;)

Contoh tudung awning pendek:

Contoh tudung awning panjang:

Sudah dapat bezakan? Kenapa zira kata cari tudung awning yang melepasi tulang pipi? supaya tudung tersebut dapat menutup sebahagian bahagian pipi kita dan menampakkan bentuk muka kita menjadi panjang sedikit. Tudung awning yang berpotongan pendek akan menampakkan lagi bentuk muka yang bulat dan ia menjadi tidak sesuai. Setakat ni faham tentang tudung awning? :D

Kita teruskan dengan fashion tudung seterusnya..

TUDUNG IKATAN TURBAN

Gaya ikatan turban ini semakin dipraktikkan terutama pada mereka yang inginkan konsep arabic atau morocco.

Ia merupakan gaya tudung yang ringkas dan moden.

Seandainya memilih fashion tudung ini, pastikan ikatannya dililit dengan kemas. Kain yang sedikit tebal dan keras lebih mudah digunakan untuk membentuk gayanya.

Kebiasaannya juga, tudung ini akan di gandingkan dengan selendang dari fabrik chiffon dan ditambah dengan aksesori lain seperti brooch dan pelbagai lagi mengikut kessuaian.

Contoh tudung ikatan turban:

TUDUNG / SELENDANG (SHAWL)

Bagi mereka yang kurang gemar menggunakan tudung berawning, boleh cuba gaya lilitan selendang. Material yang sesuai digunakan adalah chiffon. Penggunaan fabrik chiffon dalam pemakaian selendang sebenarnya sudah menjadi kebiasaannya kerana fabriknya yang menyerap peluh, nipis dan tidak panas.

Selendang dari fabrik chiffon juga sangat mudah di bentuk dan boleh dipelbagaikan gaya pemakaiannya.

Hanya 1.5m panjang dan 25 inci lebar selendang yang diperlukan <-- senangkan!! :D

Pastikan memakai anak tudung agar ikatan senang dilakukan.

Seterusnya pakai layah atau selendang bersulam agar penampilan tidak terlalu kosong. Gunakan aksesori seperti brooch dan pakai tiara. ;)

Contoh gaya tudung selendang:



TUDUNG 4 SEGI

Back to basic! Jarang rasanya lihat pengantin kini memakai fashion tudung ini lagi..tetapi jika anda rasa fashion tudung yang terlalu moden seperti tudung berawning, turban mahupun selendang tidak sesuai atau tidak yakin untuk digayakan, anda boleh memakai gaya tudung ini. Tidak salah dan tidak pernah ketinggalan zaman juga rasanya ;)

Untuk menggayakan tudung gaya ini, disarankan memilih fabrik chiffon kerana ia agak nipis, tidak panas dan mudah dibentuk. Lilitan tudung dari fabrik yang nipis ini juga tidakakan menenggelamkan wajah pengantin.

Contoh gaya tudung:



Dah tahu serba sedikit tentang kesesuaian fashion tudung kan.. seterusnya ialah tentang tudung dan bentuk muka.

BULAT
Seperti yang zira katakan td, sekiranya ingin memakai tudung berawning, pastikan ianya berawning panjang melepasi tulang pipi.
Elakkan tudung yang melilit keseluruhan muka untuk mengelakkan muka anda nampak terlalu bulat.
Gayakan tudung anda dengan selendang nikah ataupun layah yang panjangnya sekadar paras pinggang sahaja.

BUJUR SIRIH
Bentuk muka ini sebenarnya sesuai untuk semua jenis penggayaan tudung, jadi pilihlah gaya yang tepat untuk diri anda!

PANJANG
Bentuk muka ini pula sangat sesuai dengan gaya tudung lilitan chiffon.
Penggunaan tudung berawning akan memanjangkan lagi bentuk wajah anda.

*INFO-INFO LAIN:
Pemilihan warna tudung; warna tudung seharusnya sedondon dengan warna baju tetapi lebih lembut tona warnanya.

Wanita berbahu besar; pilih tudung yang nipis kerana tudung yang tebal akan membuatkan wajah kelihatan lebih besar.


Itu adalah serba sedikit info tentang gaya tudung yang boleh di gunakan ketika majlis bersejarah anda. Zira sarankan, anda bereksperimen dengan gaya-gaya tudung yang ada untuk melihat kesesuaian pada wajah anda terlebih dahulu. Pilih cara lilitan yang sesuai dan juga menyelesakan anda. Maaf sekiranya info kurang tepat. Boleh komen dan tambah info anda juga ;) Apa pun zira harap info ini dapat digunakan sebagai tips untuk memilih gaya tudung anda nanti. Terima Kasih!


Lots of Love!;
Qaseh AzRin

Thursday, 28 April 2011

To do list for this weekend

Salam..

Haa.. post seFASTER yg mungkin kerana nak tido awal.. Ceh.. taw la kan malam jumaat.. uik! hahahahaha~ haaa...fikir apa korang2 ni.. mlm jumaat afdal wat solat hajat.. tdo la awal tgh mlm kang bgn solat hajat..mnx tenangkan fikiran, lapangkan dada dan dipermudahkan segala urusan perkahwinan anda semua. Yang tgh x brpa okay dgn bf ke tunang ke mnx la pasangan kiter lembut hati dan ingt kiter... okay...
Adoi..aku ni pun.. kuat membebel akhir2 ni ea.. sabar je la...

Post kali ni nak remind diri sendiri je apa nak wat weekend ni.

1. Pegi amik sijil kursus kahwin (Al Shahir)
2. Bayar box doorgift kat butik (Kak Ema)
3. Hantar design dan bahan baju khatam Quran kat butik (Kak Ema)
4. Bank in deposit MUA (Kak Awin)
5. Ade lagi ke???? Jap.. ala..terlupa... nnt update balik.. tido2!

;)

Good Nite.. Hehehe


Lots of LOVE!;
Qaseh Azira & Azurin

Review KASUT

Salam pada teman-teman.. ;)


Selepas penat kemas dapur..rumah dan kamar tidurku..haaa..baru berpeluang nak post entry hari ini.. Nak citer apa hari ni? Topik pada hari ini adalah KASUT ye cik-cik bakal pengantin.. masa kemas-kemas bilik td.. zira kemas sekali segala kasut zira kat bawah katil.. Haa.. jangan x tau.. Sesugguhnya zira ni gila kasut gak aa.. belambak kotak kat bawah katil.. tapi.. zira x mo cite kasut yang banyak-banyak tu.. zira nak cite pasal kasut yang related dengan wedding zira sahaja..


Zira ada 3 pasang kasut baru. Actually zira x beli sekali.. beli satu-satu.. kenapa ada 3 pasang? kerana manusia ini sangat tidak tetap pendiriannya dan tidak dapat mengawal nafsu untuk membeli kasut ketika itu..ngeee... hahahaha~

Konon-konon beli yang first tu nak wat sanding..tetapi rasa sayang pula..gila kau..beli nk wat pameran je..sayang nak pakai la pulak..wakakaka~ mesti y'll y'll sume nak tengok kasut nya..kan kan! Zira review kasut zira..meh... bukak mata bosa-bosa... haha~


My wedding shoes collection
macam gambar kat rak kedai kasut x??! haha~ baru amik gambar ni tadi.. dan dan time kemas tu leh belek kasut-kasut ni..berangan jap.. wawawa~ haaaa...tu lah ketiga-tiga pasang kasut zira tu.. review satu-satu meh... (^_^)


Valerie
Nama kasut ni..Valerie.. x caya? tanya designer nya sendiri..nak nak?! hahaha~ Actually zira x de la suka sangat design kasut tajam camni.. tapi da decide dr awal nak pki kasut bertutup waktu nikah.. haa.. ya2! Kasut ni untuk nikah..lupa nk bg taw dr awal td *ngehee..so dlm byk2 design yang jenis bertutup ni..ni la yang leh masuk kat jiwa.. simple jew.. lagi pun nikah kat umah.. tak de lah pakai kasut dalam umah kan.. tapi kot2 kuar turun tanah nak taking taking picture ke.. so kasut ini lah yang akan disarungkan ke kaki ku nanti :D  Next shoe...

Sylvia
Antara ketiga-tiga kasut zira.. this is my fave shoe! Love the design.. Love the color.. Love the simply looking.. Love my tunang.. oopps.. hihi~  Okay.. nk citer pasal kasut ni pulak. Nama kasut ini adalah sylvia. Kasut ini asalnya hendak di letakkan di hantaran, akan tetapi masa kemas td baru teringat dan ku bermonolog sendiri.. "oohhh..nak tukar hantaran kan masa berinai.. berinai kan nak pakai songket hijau..time pakai songket hijau kan nak pakai kasut ni..." teng teng teng.... Jadi.......... kasut ini x jadi la letak kat hantaran.. kerana waktu tukar hantaran nanti zira akan pakai kasut ini.. ketika majlis berinai.. :) Tengok bawah ni.....ada kasut lagi...... 

Dahlia
Okay..tentang kasut ini pula.... Dahlia namanya.. cantik kan...sape suke senyum lebar2.. huhu :D Ini adalah kasut untuk majlis persandingan.. Ia juga adalah kasut yang akan diletakkan di hantaran nanti.. hihi.. sebab tak jadi nak letak kasut sylvia tu kan.. so tukar dgn kasut ni.. than hari ahadnya nanti zira pakai kasut ni waktu sanding ;) suka kasut ni gak.. waaa~ jadi inilah kasut-kasut yang zira akan pakai time wedding.. Untuk bertandang.. x tau lagi sbb x decide lagi baju camne.. klu dah ade nnt.. zira review lagi.. ;)


Okay..nnt klu jmpa apa2 lagi time kemas.. leh la review ek.. hahaha~
Tata and muaahhx muahhx!


*psst.. Saya agak berbangga dengan gambar diatas :D


Lots of Love!;
Qaseh AzRin

Tips tentang KITARAN HAID dan WAKTU SUBUR

Jeng jeng jeng...

Eh..lupa pulak.. Salam semua.. hihi.. lupe nk bagi salam ea...di sebabkan tak boleh nk tdo..duk busan..saje lah post pasal ni.. PENTING ke x tau pasal ni? Zira rasa SANGAT PENTING. Merancang keluarga.. hihi.. share pada semua yg nk kawen,baru kawen dan juga yg dah kawen.. Sekadar informasi yang perlu diketahui setiap wanita :D

Baca artikel ni ek!

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita.Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul.Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.


MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITASaya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Source: TIPS MENGENAI KITARAN HAID DAN WAKTU SUBUR



Okay.... Pada sesiapa yang tak berapa jelas sebelum ini.. rasa puas hati x dgn artikel ni.. pd zira.. ianya okay..kadang-kadang as wanita kita agak segan nak tanya tentang perkara ini kan.. di sebabkan zira ingin tahu pengiraan waktu subur (sebab nk pilih tarikh nikah yg afdhal) so zira mencari-cari la untuk kepastian..now zira share pada teman-teman yang lain..if ada pape lagi zira leh share.. i'll share dgn y'll okay..

Tata..

Lots of Love!;
Qaseh AzRin

Wednesday, 27 April 2011

BLOG dan GALLERY JURUFOTO family!

Assalamualaikum warahmatullah....

Pjg pulak salam zira hri ni ea... hihi~ Aaa..hari ni zira saja nk cite lagi pasal jurufoto yang amik gmbr tunang zira.. before this zira dah penah introduce kat dlm post cerita tentang JURUFOTO dan BUTIK. Meh Zira cite sket..Dalam post sebelum ni ada dua orang jurufoto yang zira introduce. Tapi yg zira nk ceritakan kali ni adalah Darren Tan. Okay.. Tadi saja-saja dok masuk website dia.. gi blog dia..than 1st post kat blog dia hari ni... Tada.... Abg zira rupenye...haha.. Akhirnya dpt juga tgk gmbr wedding abg zira.. Darren ni jugak sebenarnye adalah jurufoto waktu kakak zira punya wedding dan juga majlis pertunangan zira.. Macam jurufoto rasmi family zira kan!!! haha..so hari ni.. zira akan abadikan blog Darren tentang my sibling dlm blog ni... Kalau boleh 1 day zira nk print this blog jd buku or print this picture and masukkan HAND BLOG zira.. Jgn x taw.. zira ada hand blog tau! kah kah kah~ Jom review blog Darren ni about my sibling..

Yusof and Hanis Gallery
Haa..tu blog time wedding kakak zira.. everything still fresh in my mind actually even the 1st job with my family is in Feb 2009. That is my fave picture from the whole album!
okay...after my sister's wedding.. we meet again in my engagement ceremony in sept 2010. He also write something on his blog.. Wanna know what he talk about me.. see this...

Azurin & NurHazira Gallery
Hehehe~ tersenyum sendiri kalau baca blog ni.. hihihi.. Suke! Okay.. I love this day. The day that I engage with my fiance. Wearing pink lace..a present from my fiance... Im looking sweet.. right! YES.. hahahaha~ This is my fave fave fave fave fave fave picture of mine!!!! my picture with hantaran yang sangat banyak kan... and... sume-sume hantaran tu zira yang buat.. ;) Okay..cukuplah cerita tentang itu.. terkenang balik da..huhu.. Sambung cite lagi... after zira punya ceremony... Darren datang lagi untuk my brother's wedding last Feb. Yaaa....ade gak blog tentangnya juga.. lihat ini pula....

Hafiz & Rashidah Gallery
Masa baca blog yg ni... zira dgn kakak zira gelak gila-gila... ahahahahaha..sbb teringat everything happen since wedding kakak..my engagement until our brother wedding.. So many spontaneous joke okay.. hahaha.. Darren... Tak sabar nk tggu wedding zira da.. wawawa..

Wahai teman-teman.. kalau nk tengok foto2 wedding adik beradik zira.. and foto tunang zira.. leh la click2 kat gambar or caption yg tertera ek! ;)

Okay ek..Zira beransur dulu.. I'll be back.. Take good care to all friends!

Tata and muaahhx muahhhx..

Lots of Love!;
Qaseh AzRin

Tuesday, 26 April 2011

Saya bukan ANTI FACEBOOK!

Assalamualaikum..

Post lagi satu entry..post kali ini nak luahkan sedikit informasi tentang facebook. Maaf kerana ia tidak ada kena mengena dgn wedding preparation pun..hihi~
Td bukak ym jap.. Pastu ada seorang teman sekolah yang dah lama x contact pun muncul dan menegur...

xxx: Hai Azie, sihat? apa kbr? lame x dgr cite...

zira pun jawab....

Zira: Alhamdulillah..sihat.. oh.. ye ke.. biase je.. bukan ada cite best pun...

sebenarnye dlm hati zira jwb camni.. "Gila x de citer.. belambak aku post entry kat blog aku tiap-tiap hari (kecuali hari aku pegi dating dgn tunang aku :p )..." hahahaha

Teman tu pun tulis lagi..

xxx: Azie x de facebook ke..

(Aaa....pantang betul soalan ni ditanyakan pada aku...)

Zira jwb pulak camni..

Zira: Tak ada lah wak..

Pastu makhluk tuhan tu gelak kan zira.. panas tul... isk... ku hanya bls dgn senyuman..lalu ku menutup  'window' ym chatnye..dan tidak bls2 lg ym dr teman itu. 

note: 'Azie' adalah panggilan nama zira ketika di sekolah dulu ;)

Meh zira nk gi taw sket.. Zira bukan la anti facebook.. Zira sendiri ada fb dlo.. cuma sejak august 2010 zira deactivate da.. zira ade fb pun sejak end of 2009 x silap.. klu dikalangan teman2 sekolah zira.. zira antara yang awal ade fb tu...sbb time tu friendster yg agak popular sedikit..fb ni pun x popular lg cam skrg.. disebabkan beberapa perkara yang zira rs x okay.. zira deactivated la fb zira tu..Fb ni mmg rmi yg ckp x de ape pun klu x di slh guna.. tp klu tgk btul2.. kdg2 penulisan kiter pd komen yg hanya beberapa patah perkataan pun kdg kala boleh menyakiti perasaan org lain atau dr kiter sndri. Lg pun.. kiter knl dr kite sndri.. klu rs dr kite sndri sgt snstif.. buat apa nk sktkan dr sndri.. Dan kiter ada hak untuk pilih apa yang terbaik untuk dr kiter sndri.. btul kan...

Waktu zira sndri ada fb.. x de la sampai mcm segelintir teman yg bgn pagi je x smpat nk baca doa bgn tido da cr laptop nk cek notifications kat fb.. nk updates status fb stiap 1 jam.. nk mandi nk makan pun tulis.. YANG LAGI PELIK..NK MASUK LABOUR ROOM...NK BERANAK PUN SEMPAT UPDATED! elok ke tu.. berpada2 la berfb kan..mmg setiap orang ada hak nk tulis.. tapi tulis la apa pun dengan kewarasan yang wajar..simpan skit privacy kiter.. klu sume kiter khabarkan... kite x tau apa orang akan fikir tentang dr kite..

Ada lagi satu benda yang zira x suka bila komen2 kat fb.. kite sebagai tuan punya acc.. ada hak kan nk delete komen yg kiter rs menyentuh perasaan org sekeliling mahupun perasaan kiter sendiri bukan.. zira ingt lagi.. ada seseorg komen pd zira.. pastu zira delete sbb zira agak kecik hati dgn penulisan tersebut.. selepas beberapa minit zira tgk org tu delete dan block zira dr fb nye.... haih...

Wahai teman....Zira bukan anti facebook.. tapi zira x nk join komuniti tersebut kalau ia banyak sangat keburukan secara tidak langsung yang sbnrnya kita x perasan dgn mata ksr kiter.. zira lebih memilih untuk ikut kata hati zira supaya x join fb tu. Bukan zira kolot x de fb time hidup kat abad 21 ni.. tapi IA BUKANLAH KEPENTINGAN UTAMA dlm hidup.. Fokus zira kini adalah memperbaiki diri, belajar untuk menjadi anak dan isteri yang solehah, bertanggungjawab dan menjadi yang terbaik pada ibu bapa dan bakal suami. Amin, insyaALLAH. Nilai itu adalah lebih berharga dari memiliki sejuta teman di FB..
dan jika di suruh pilih pilih fb dgn blog... lebih baik zira pilih blog ;) Sbb zira da syg sgt blog ni..hihihi...

Jadi... itu lah yang zira nk share pasal fb ni.. seandainya ada yang tersinggung dengan kata-kata zira.. zira mnta maaf...

Sekian, Terima Kasih ;)


Lots of Love!;
Qaseh AzRin


Bunga telur saya da siap?!

Assalamualaikum.. Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia! hihihi~

Meh sini...nak citer ni...aduhai... perasan tak..perasan tak..perasan tak......13 bulan lagi zira punye weddingkan.... akan tetapi sume zira prepare awal giler..haha.. Excited sangat ke ni? Huhu...Merujuk kepada tajuk entry di atas ni... haa... pasal bunga telur zira la ni...
masa duk jalan-jalan kat kedai bunga masa tolong abang zira punya wedding preparation..zira da beli siap2 bunga ni.. tapi beli sikit je.. bila sampai umah, mama ckp...cantiknye... takde lagi ke kat kedai.. lalu zira pun pegi lagi esoknye borong sume skali yg ada..haha.. tapi limited sangat every color tu.. zira pun cuma beli color pink and putih..zira beli pelilit, lidi dan ribbon siap2...sbb DIY je bunga tu.. disebabkan kuantitinye sedikit saje.. zira buat bunga ni khas untuk majlis berinai nanti ;)

Korang nak tengok rupa dan bentuk bunga telur ini... aa.. meh zira review bunga telur zira ni...


Cantik x.. suke x..suke x..suke x.... zira suke...hihi... so ni la rupa bunga telur zira nnt...


mlm td da complete kan sume.....


Zira dah pun packing dalam plastik box siap2... simpan sampai 13 bulan akan datang.. baru dikuarkan semula... hihihihi....

Pasni..zira akan meneruskan penjelajahan mencari bunga telur pelamin pulak... hihihi...
jumpa di next entry okay! :)


Lots of Love!;
Qaseh AzRin

Monday, 25 April 2011

dah pilih DOORGIFT!?

Haiiii..

Salam semua... Nk post lagi ni..hihi.. dah 2 3 hari tinggalkan blog..aa..macam2 ye nak tulis.. After survey baju, jurufoto, MUA.. kali ni zira dah pun pilih doorgift. Masa kakak dgn abang kahwin...macam2 rupa dan bentuk dah wat. Kali ni, Time zira sendiri..zira wat simple je.. zira wat camni je...just DIY nnt..and letak thank you card ;) jom tengok!


ok x??? Zira dah pun order box ni... so..pasni nk cr ribbon and fikir ape nk isi dm bks ni.. (Actually da fikir..tp zira akan review dkt2 nk kawen nnt okay!) Hihi..

Untuk some guest yang special ala-ala VIP akan dapat satu souvenier dr zira.. camne rupa bntuknye? hihihi.. Tu pun zira review last2 nnt.. Sangat terhad yg dapat.. hihii...
Nk share ape lagi agaknye... aa... x de kot dah tuk door gift.. hihi..
Nnt mlm klu larat zira post lagi.. ;)

Mmuahhh muahhh!

Lots of Love!;
Qaseh AzRin

Review Ratu Sehari! ;)

Assalamualaikum..

waa~ rase macam dah lama tak bukak blog ni.. makin syg dah dgn blog ku ini..Nak cite some story biase2 since friday lps.. huhu... Friday lps gi kuar jap return barang kat butik kawan.. than pgi pulak kdi pinggan mangkuk cr barang than pegi la ke tesco berhampiran.. Memule aku elak2 la nk pegi.. sbb aku taw klu masuk tesco tu mesti aku gi ke news.com punye.. paling koman.. mesti aku beli 1 magazine.. haih.. kan betul.. da TERbeli magazine Ratu Sehari ni.. wawawa.. TER la sangat kan..


Actually first time beli magazine ni.. agak la best juga isi kandungan nye..hihi.. Gambr pun best-best jugak.. nak tengok? Meh..Zira review sikit! hihi~

Terjumpa la jugak dengan gambar kerusi pelamin yang selama ini di idamkan macam ni,


Ok...under inspirasi ade some MUA nye hasil kerja.. Leh la review and survey2 MUA yang y'll idam2kan ke..



Ade lagi inspirasi decoration dan pelamin untuk bakal2 pengantin....Rasenye.. kerusi yang kat bawah sekali tu akan2 ama mcm kerusi yg kak ema duduk ek!


Selain itu, ade some idea for guest book...


Kat real wedding nye site pulak ade some story and foto yang dikongsi bersama.. Banyak sangat..but Zira review yg ni.. Bienda...by Photolicious.. Sebijik cam konsep yg Zira nk wat...isk....


Best x... aa.. cepat2 la beli pada sesape yg blum beli lagi.. tgk gmbr2 dlm tu leh wat korang rase x sbr nk kawen... wawawa...

Malam nnt nk post entry lagi.. skrg nk rest jap sbb skt perut sebulan sekali..hihihi..
Tata and muahh2

Lots of Love! ;
Qaseh AzRin

Monday, 18 April 2011

Cerita tentang JURUFOTO dan BUTIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini, Zira nak berkongsi tentang jurufoto (Photographer) dan introduce mereka yang telah pun Zira pilih..Rasa macam terlalu awal kan..

Kebiasaannya, bakal pengantin akan pergi survey sana sini.. pergi exhibition sana.. exhibition sini.. email sana sini mintak quotation pakej-pakej..Zira pun sama la jugak.. Price kan.. pasal duit..mesti kita nak amik tau..hurm..After banyak sangat survey perkara-perkara yang terpaut memaut berpaut dan bersangkut paut..Zira rasa decide the best yang Zira da survey termasuk selepas mengkaji segala price pakej mereka..huhu~

Tapi x mustahil kalau i BERUBAH.. adoi.. hihihi

Back to the tittle above. Kalau bab jurufoto zira dah pun pilih mana yang zira suka. Malas nak explore fotografer len sebab tak nak fikiran ni bercelaru kalau terminat yang lain. Setakat ni, yang Zira da pilih tu pun okay rasanya. 2 orang fotografer. Ya.. 2 ORANG. huhu~
Kenapa zira survey awal? Kerana price mereka akan meningkat setiap tahun. So, lebih baik booking awal..than y'll akan dapat price this year.. Macam tu juga dengan butik pengantin. All pakej perkahwinan mereka akan naik setiap tahun. Kerana? Kos..skill dan macam-macam faktor yang perlu diambil kira.
Siapa jurufoto dan butik pilihan Zira? 

Jurufoto/Photographer

Darren Tan
 Magicalshots Photography by Darren Tan

DARREN AND PHOTOGRAPHY
"My photography journey started when I first laid my hands on my parents' compact film camera to take self-portrait when I was 12 years old. Since then, I am always assigned as the family special occasions' photographer. The passions for photography flourish when I got my first Digital Camera. In a nutshell, it all started as a hobby and now from wedding to corporate assignments.

 
A picture's worth a thousand words. I will take no matter from candid to portrait, color to black & white, from object to details, just as long as it is everything that you have worked so hard on for the special day. The most satisfying end results are the smiles and laughter from your face when you look at the photographs".

*Darren Tan merupakan jurufoto ketika perkahwinan kakak zira pada tahun 2009. Dia juga jurufoto ketika Zira bertunang pada September 2010 dan jurufoto perkahwinan abang Zira pada Feb 2011. Tiap tahun dia jumpa kitorang ek! hehe~

 Clicks the moment by Shahfazrie Miskon

SHAHFAZRIE MISKON
"Our philosophy is to make your wedding dreams come true. We believe every couple has their own preferences. A professional interview is arranged to understand what you want, and we will do the rest to tailor your needs.."
More on: Clicks the moment

* Actually we all satu kampung..kikiki :D

Butik Pengantin

Kak Ema from Kaseh Collection
Butik Pengantin Kaseh Collection

Zira sudah pun menggunakan khidmat butik ni waktu bertunang last year. My cousin pun sama..my brother pun sama juga.....Kalau nak kate pasal baju.. Kat situ kebanyakannya baju baru sbb butik ni baru lagi.. Tapi untuk zira.. Zira dah pun request baju baru.. dah discuss pun about the material, design, color and everything. So, I dont wanna think to much for it now because malas nk messy2kan kepala otak zira yang tersedia messy waktu ni.. huhu.. Untuk make up..The owner, Kak Ema a.k.a Raja Norlyza ni pun make up ok je pd zira..Korang tgk gmbr tunang zira..ok x? huhu~ but nk try MUA for sanding. Tp tuk final....x decide lagi la..Hopefully dapat MUA yang zira da pilih tu.. tapi klu date yg zira nk tu da already kene booking dgn org lain..aa MENGANGA je ok! hahaha~Untuk butik kaseh ni..x de gmbr pun.. Blog pun dorg x wat lgi... tpi klu y'll cr kat FB.. cr BUTIK PENGANTIN KASEH COLLECTION..ok! Esok zira lepak butik jap.. leh la amik gambar sikit kot.. ;) than zira update ek.. kongci kongci kong cini.. hihihi *ngeee

Today Zira dah introduce people yang bertuah untuk terlibat dlm wedding zira..
Next entry kite citerr lagi pasal wedding journey ni ek..

tata..

Lots of Love!;
Qaseh AzRin


Mentelaah hantaran!

Hai.. Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni nak kongsi cerita pasal hantaran.. Macam-macam jenis kan hantaran sekarang..dan pastinya ia mengikut tema setiap majlis atau minat pengantin tersebut. Zira pun nak share apa yang zira impikan dan inginkan. First.. zira mencari dulang hantaran yang ada kristal and english style.. of course white color or krim. Masa mula-mula search kat google.. Sangat la terpaut dan jatuh hati dengan dulang hantaran ni..


For me..Dulang ni memang sangat-sangat menepati piawaian yang dikehendaki = English ooking and ada juntaian kristal! TAPI... Okay... Nyatakan halangannya!! hehe~ First, Zira sangat suka dan kalau boleh nk beli terus.. TAPI.. Kak Yann yakni owner dulang ni cakap.. dulang ni DULU jual kat SSF.. TAPI sekarang tak ada dah..Second, even ia sangat menepati piawaian..TAPI zira takut kotak yang nak isi barang yang dah di beli tu lebih besar dari dulang ni..takut tak sesuai pulak. Nak tau kat mana boleh sewa dulang ni.. Jawapannya di Cheras. Ok..next! dulang yang zira suke lagi...


What we call it? Pumpkin carriage. Okay.. juga menepati piawaian yang dikehendaki iaitu berwarna putih, english looking, fairytale theme (one of my theme) and no need to use lapik dulang! haha~ Puas la mencari benda ni.. akhirnya jumpa juga.. Okay...Nyatakan halangannya!!! Rasanya MESTI kotak hantaran tu x muat nk di gunakan and if amik benda ni better x pakai kotak hantaran tu. So!? Sangat la rugikan.. da beli tapi x pakai pulak!!!!! Isk..Than ianya kena beli 1 set (9 pcs) dan harga 1 set itu ialah RM660 = RM73.333333/1 pc <-- (nilai mengikut kalkulator). Rasa sayang pula untuk menggunakan sebahagian kewangan untuk ini.. Soriii.. Pejamkan mata dan teruskan sahaja perjalanan sambil memikirkan perkara yang lain agar tidak berharap dengan dulang ni..Humm! Dalam meneruskan perjalanan tu.. jumpa pulak yang ni...


Cake stand from SSF. Menarik kan.. Hurm.. piawaian yang boleh membuatkannya lulus adalah..ianya english looking. Halangannya?? Ianya seramik. Boleh pecah. Kalau yang angkat barang hantaran nanti mak-mak or bapak-bapak budak..ok kot.. Tapi kalau ada bebudak yang sangat rajin nak angkat pulak??? ohhhhhhh~ sangat seram.. and.. masalah yang sama.. Takut kotak hantaran tu x muat jugak..emm..Tapi ini masih boleh di pertimbangkan... Boleh berharap sedikit. ;p

Dulang-dulang lain yang di intai~


Yang ni tidak menjadi kemahuan yang sangat-sangat..Tapi sangat suke dulang-dulang ini... lagi-lagi yang color putih bawah sekali belah kiri. Ada bulu-bulu lapiknya. kalau letak kotak zira tu..mesti muat punya.. huhu~

Ok..dok cakap pasal kotak hantaran tu je kan..macam besar sangat-sangat sume dulang tak muat eyh.. Panjang nya 30cm.. Rupa bentuknya pulak begini....


Cantik tak.. Kalau ada sesapa suka and nak using ni.. Leh juga zira sewakan.. tapi after zira use eyh.. Hihi.. ;p

Okaylah..After memikirkan faktor kotak ni yang agak panjang la juga kan.. So, Zira pilih dulang ni untuk digunakan sebagai hantaran dari pihak tunang ke zira. InsyaALLAH..


Hantaran zira wat sendiri je nanti. Sewa and beli some dulang sikit. Than DIY fresh flower hantaran.. ;) If ada sesape nak share pasal dulang hantaran or hantaran.. or nk mintak upah watkan.. pun leh :D hihi... Nnt klu ada cerita lagi.. kite jumpa lagi ok..

tata and muuahhx!

lots of Love!;
Qaseh AzRin

Friday, 15 April 2011

Belon @ Balloon

Hai Hai Hai.........

Haaa..di waktu yg hampir-hampir sama yakni dekat-dekat pukul 8 juga aku mula menulis blog untuk hari ni..huhu~ Agak-agak nak cite psl ape ek...pre-wedding nk?! Ha Ha Ha.. Setelah beberapa minggu aku mengumpul gambar..Sudah tiba la masa nye untuk berkongsi lg.. Aku teringin sangat nak take pictures with balloonSS! Mase sekolah dulu ade ternmpk gmbr hillary duff dgn belon yang banyak sgt2..sejak tu mmg berangan la nk amik gmbr dgn belon.. Than bile fikir2 ape benda yg leh aku guna time pre-wedding nnt..aku rase belon adalah sgt menarik.. x kisah la klu ade org kate mcm props biase je..da selalu org buat.. asalkan kite suke kan.. gmbr kite..kite yg nk simpan.. kiter yg nk puas hati time tgk balik gambar-gambar kahwin kiter..KAN! hahaha.. emosi pulak...tempat nk amik gambar tu..klu kat tempat yg hijau..penuh rumput.. dan pokok2 pun cantik kan... meh tgk gambar-gambar ni..belon ohh belon~ hihihi... I like!!








Cantik tak... Suke tak... ;) Aaa... Marilah kiter ambil gambar dengan belon tuk pre-wedding kiter nnt ea! hahaha...Sok-sok aku post theme lain pulak tuk pre-wedding. Hopefully post ni dapat memberi inspirasi kepada bakal pengantin yg lain... Hehe...

Jumpa lagi! Tata and muahhhxx!!

Lots of Love!;
Qaseh Azrin

Cite suke-suke~

Salam and hai!

Today tak de la cite yang menarik amat sangat.. Post hari ini cite suke-suke je sbb x nk blog ni kesunyian..hahaha.. ayat x le blah ek! wawawa~ Jom cite..

Last week pegi ke Perak sampai ke hari ni penat x habis..haha.. dat why x suke pegi jauh-jauh..Dat why juga kot aku dpt org dekat je..haha..This week mmg x de pegi mane-mane. Setakat ni x de aktiviti lg.. Cume ade sorg brader foto ni ajak amik gambar wedding kat Kelanang. Esok pas zuhur solemnization nye event. Sabtu lak sanding. Nnt aku fikir-fikirkan nk itot ke x.. ngeee~

Topik mula-mula skali..kite cite sal Baju...
Siang td aku pergi Butik jumpa Kak Ema kat kedai diskus psl baju-baju kawen aku. Aaa...korang perasan x..majlis setahun lagi..tp da sibuk2 cite sal baju la..itu ini.. selagi selagan nk wat sekarang.. Sampai pening, sakit kepala.. belum kena gastrik nye lagi..masuk wad pula...haih..zira....zira....hehe~ Untuk baju sanding Kak Ema cakap nk kirim kat kawan dia mase pegi Medan this July! huhu~ Kain baju songket nnt Kak Ema beli time pegi KL next week. After kain da ade nnt dia call suh aku tgk tuk approval...wawawa... giler poyo ayat aku hari ni.. Macam la anak dato' kan.. x sedar diri sgguh wahai cik nurhazira hari ini...kui kui kui~ Kali ni aku x nk la tukar-tukar design bj aku tu.. "Ya Allah..Tetapkanlah hati aku dengan design baju pengantin idaman dan impian aku itu ya Allah" (^_^) Sempat nak berdoa psl bj pengantin.. Sambung cite lagi......... cucite cucite... hehehehehehe~ Baju songket time berinai nnt aku buat bj kurung pahang je dan aku nk amik bj tu terus. So, after that boleh la pki lagi kan..Sebelum balik tu..baru aku ingt psl aku nye plan untuk amik gmbr pre-wedding nnt...

Aku: "Kak Ema.. Dress untuk pre-wedding..nk wat baru juga ke?" "Akk rase cane..?"
Kak Ema: "Ntah zira..kos tu..."
Aku: "Emm..color ape yg cantek ea agak2 kak..Kalau ade yg dah ade..x ya la wat baru"
Kak Ema: "Ko tgk la mane yg dah ade tu dlo"
Aku: "Isk.nnt la kak.. zira da pening da..huhu.. Kiter settle yg sanding dgn songket la dlo..kikiki"

hahaha...Jadi pasni baru aku fikir psl dress tuk pre-wedding nnt ye! Tlg lah jgn serabutkan kepala anda waktu ini. hihi...tu cite sal baju and perjumpaan aku dengan kak ema kat kedai td..

Topik seterusnye pulak psl berangan-angan nk amik gambar pre-wedding..!
Hasrat hati nk buat 2 session tuk ni.. haa.. hulur je la duet nnt..Pejamkan mate tuk lakukannya nnt Cik Zira! haha..1st session untuk pre-wedding nnt nk pki bj biase je.. tp x tau lgi nk pki shirt or blouse or gown yg tomel2.. hihi.. tgk la location nya nnt kat ne...
Fotografer pulak nnt aku post khas untuk cite fotografer2 aku. Huhu~ What is my mind now is.. klu leh nk amik gmbr kat tempat camni...
 
Credit to : Shahfazrie Miskon

Buat masa ni...berangan je la dlo ea..jgn la berharap sgt... *ngee..takut x kesampaian!.
Selebihnye nnt aku ceritakan kat post yg khas ttg Photography and pre-wedding. Ok.. Silalah kembali ke alam yang nyata! haha~

Aa.. topik last untuk malam ni.. 23 & 24 April ni insyaALLAH pergi ke kursus pra perkahwinan di putrajaya. AlShahir nama tmpat tersebut..klu y'll nk ke situ juga.. sms kan nama ngan date yg y'll nak follow kursus tu..ni no. nye; 0192876979. Kursus tu 2 hari. After y'll sms nama y'll tu.. Nnt dia beritahu supaya y'll sediakan salinan i.c dan wang RM80 seorang. Terima Kasih..hikhikhik...

Eee..cukup-cukup lah aku tulis and melalut sorang-sorang kan.. Dari pukul 8 malam sampai ke 12:50 pagi duk menulis entry ni.. Panjang dak ler.. Hahaha.. sambung esok ea!! Selamat pagi..huhuhu~

Tata..muahhhx2~


Lots of Love!;
Qaseh AzRin

Wednesday, 13 April 2011

Back from Kampar and Teluk Intan~

Salam... Hai hai....

Last week from saturday until sunday I and family go to Perak. From Banting - Tapah - Kampar - Teluk Intan - Tanjung Karang and back to Banting. So tired okay! Actually zira sekeluarga pergi ke Perak untuk hantar kakak sepupu bertandang. Sambil tu berjalan-jalan la sekali. Nothing interesting sebab selalu ke Perak pun..huhu..

Nak cite sal pengantin ni.. Sepatutnya bersanding start kul 12:30pm. Tapi terlewat gak la sebab mak andam tu dtg lambat. Kalau time Aku nanti mcm tu.. mmg muka aku masam je time duk kat pelamin.. harap-harap tak lah ye... Kalau boleh tak nak perkara itu berlaku..huhu~ Disebabkan kelewatan iu, maka bersanding bermula pada 1:30pm. Pantang tul aku time-time camtu.. Kan dah nak azan tu.. isk... Tak pa..Sabar ye Cik Zira..hihi.. Dah time2 gitu... nak berarak sikit punyerrr jauh... Wahh.. Tengah panas ni bai.. Sabar lagi ye Cik Zira...huhu.. Disebabkan aku mls nak berjalan slow-slow cam pengantin and dah x tahan sangat dengan kepanasan itu.. Aku Jalan terus je..Keluar dari perarakan pengantin.. Huwawawawa... Apa punye sepupu aku ni..


Theme wedding ni is Green okay.. huhu.. Waktu tggu pengantin jalan.. sempat la ayah, mama, mak cik, pak cik and sepupu yang lain bergambar-gambar..


Ni pulak waktu kat meja makan. Masing-masing da x sbr nk mkn..lapar la tu... huhu... Mam ais krim dulu okay! Panas~ huhu


Ni mama dengan ayah!


Ni pulak aku.. penat-penat pu senyum gak time amik gmbr...huhu.. tgk blakang gmbr tu.. byk makanan tuk makan beradab..hihihi~


Time amik gmbr ni sume kat kampar..kat tempat len x amik.. sebab mls.. huhu.. Oh ya.. tuk wedding journey...free2 nnt nk share psl photographer pulak.. Tggu okay! :)

Muahhhxx2

Lots of Love!;
Qaseh Azrin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...