Sunday, 3 April 2011

Bunga oh Bunga~

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.. *Hihihi.. dah macam rancangan television la pulak kan..

Asyik sangat bercerita tentang baju, kali ini saya nak berkongsi tentang bunga-bunga pula...
Rasanya tak ceria juga kalau majlis perkahwinan tanpa bunga-bunga. Ia memang sudah menjadi adat setiap majlis perkahwinan akan ada bunga-bunga yang berwarna-warni ini.. Dari zaman atok, nenek, mak dan bapak lagi. Baik omputeh, org x bape nk puteh ;p org melayu, india, china dan juga semua kaum di dalam DUNIA ini. Dari bunga tangan, hiasan bilik pengantin, pelamin hingga lah ke dekorasi yang lain. Dari bunga tiruan mahupun bunga segar yang semakin menjadi pilihan pengantin kini.

Kalau zaman atok nenek mak dan bapa kita dulu bunga tiruan yang dibuat dari kertas yang berwarna-warni menjadi pilihan. Kalau tidak dari kertas mungkin dari botol-botol air yang di potong dan di bakar dan di lentur menjadi perlbagai bentuk bunga, selepas itu di spray pula..bunga yang famous pula kekwa, dahlia, ros atau orkid. Seterusnya bunga yg diperbuat dari straw..ada juga yang membuat bunga dari ribbon pastik..ada pula dari benang bulu atau baldu. Nak ikutkan pun memang itu je la agaknya pilihan yang ada tidak seperti zaman sekarang yang terlampau banyak pilihan sampai kadang-kadang tu tidak tahu dah hendak membuat pilihan.. Siapa setuju pendapat saya ni..Haa.. itu bunga telur dan hiasan dekorasi pasu. Macam mana pulak bunga di pelamin.. Setahu saya, bunga puding, bunga sawi atau bunga keladi yang mejadi pilihan mereka. Bunganya pulak memang sangat dan sentiasa segar kalah bunga segar sekarang..sebab mereka letak dengan tanah dan pasunya. Ha...siapa yang tiada pinjam la dengan jiran-jiran yang ada. Kalau lah masih ada gambar-gambar bunga dari zaman tu pasti saya kongsi di entry ini. Bukan tidak cantik menarik tertarik pun.. sangat colorfulll lagi..itu zaman atok nenek dan mak bapak kita. Zaman sekarang mcm mana..?

Zaman sekarang...Masih ada yang memilih bunga tiruan. Tapi lebih moden..Tidak ada lagi dari material kertas, botol, benang, dawai, straw tetapi bunga dari material silk. Tidak kira yang paling murah, sederhana atau yang paling mahal. Semuanya ikut kualiti bunga tiruan tersebut. Rupanya pula saling tidak tumpah seperti rupa bunga segar. Ada yang cakap bunga seperti ini lebih untung.. tahan lama dan tidak layu. Boleh diguna banyak kali dan lebih murah dari bunga segar. Bunga telur zaman sekarang juga sudah banyak pilihan, ada yang diperbuat dari kristal lagi..Sungguhpun begitu, ramai juga yang pilih bunga segar dalam majlis-majlis perkawinan. Dari hantaran, hiasan sanggul kepala, bunga tangan dan serba serbi yang melibatkan dekorasi bunga. Kenapa agakya ramai yg memilih bunga segar sekarang ye... Dah nama pun bunga bunga SEGAR kan..mesti la hasilnya sangat menyegarkan suasana.. Hahaha...sangat natural dan asli. Cerita tentang bunga segar ni teringat pula majlis perkahwinan SERINA anak CHEF WAN. Dari majlis bertunang, jamuan bertunang, berinai kecil, berinai besar hinggalah acara kemuncaknya iaitu bersanding, semua menggunakan bunga segar. Kebanyakan bunganya pula diimport. Sangatlah beruntung jadi anak CHEF WAN kan..

Saya sendiri sebenarnya sangat meminati bunga segar. Tetapi tidaklah menetapkan bahawa majlis perkahwinan saya nanti MESTI guna bunga segar semuanya. Mungkin ada beberapa sahaja seperti dekorasi bilik pegantin, bunga tangan dan hiasan meja tetamu. Pelbagai jenis bunga yang boleh digubah. Kalau yang paling mudah di dapati serta murah harganya, pastinya kekwa atau chrysanthemum. Kalau bijak menggubah, ia tetap menarik. Saya sendiri juga ada menggubah bunga untuk majlis-majlis perkahwinan. Kalau berminat boleh dirunding ;)

Sumber: Google, Tepak sireh bridal, The classaflora, Wedding by Sher dan Koleksi peribadi
Indah apabila bunga-bunga kekwa ini digubah kan. Ia juga terdapat banyak pilihan warna yang boleh di pilih mengikut warna tema majlis. Selain kekwa, bunga yang mudah dan masih mampu didapati ialah bunga carnation. Rupanya seperti bunga ros tetapi pada saya, ia lebih menarik dan mudah dijaga.
 
Sumber: Google
Bunga pilihan saya seterusnya adalah ros. Bunga yang kerap kali menjadi pilihan walaupun agak mahal ;) terdapat pelbagai pilihan warna dan sentiasa nampak eksklusif. Klu ingin memilih bunga ini dan mahu juga berjimat, adalah lebih baik sekiranya mix bunga ini dengan bunga yang lain seperti piko, kekwa, baby breath ataupun bunga-bunga yang lain.

Sumber: Google
 Bunga baby breath kebiasaannya menjadi bunga tambahan pada bunga ros, carnation, kekwa, lily, gerbera dan beberapa jenis bunga yang bersaiz besar. Sangat jarang kita melihat bunga ini menjadi bunga utama dalam sesuatu majlis. Tetapi, ia biasa di negara-negara eropah. Kosnya juga agak mahal dan saya cadangkan lebih untung sekiranya membelinya pada pemborong bunga. *Bunch-bunch lagi ok! Bayangkan 1 bunch = RM 28 tetapi ada pekedai yang menjual semula 1 tangkai yang kecik dan kurus = RM10. Rugikan!! This is some idea of baby breath to all b2b.
 
Sumber: Google dan pelbagai

Haa.. ini pula bunga kegemaran saya. Hydrangeas!! pilihan warnanya agak terhad tapi ia sangat elegant kerana harganya juga agak elegant :p Ramai yang mengatakan bunga ini cepat layu. Ya, memang cepat layu kerana cuaca negara ini 'HOT'. Tetapi apa yang saya boleh kongsi tentang bunga ini, pastikan cara memotong bunga ini betul. Guna pisau atau gunting yang tajam dan pastik ia menerima air yang cukup! Lagi satu, jika anda bercadang untuk menggunakan bunga ini, pastikan anda tempah lebih awal kerana bunga ini kebiasaannya di import dan tidak terdapat di negara ini :)

Sumber: Signature Wedding Magazine, Google

Sumber: Google

Sumber: Google dan pelbagai

Inilah antara bunga yang menjadi pilihan kini, Semoga perkongsian info ini memberi manfaat pada semua bakal-bakal pengantin mahupun pembaca yang singgah di blog ini.

Andai ada topik-topik yang menarik untuk dikongi, pasti saya akan berkongsi dengan anda semua. Jumpa di post yang seterusnya.

Lots of Love! ;
Qaseh AzRin

1 comment:

  1. Found your blog while searching for gubahan bunga chrysanthemum..well,dapat sikit ideas. Thanks!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...