Saturday, 30 April 2011

Informasi tentang TUDUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disebabkan asyik teringatkan inner yang zira tinggalkan kat butik tuk attach lace and manik serta teringatkan nida..zira terasa nk tulis psl ni. Mana yang boleh zira share lah ye.. sbb gambar x de lagi.. lagi pun x habis research lagi..info ni zira kumpul-kumpul la dari macam-macam magazine..so now I share for b2b who want to know about this.

Sekarang banyak sangat fashion tudung yang kuar kan.. tapi..klu untuk wedding.. apa sebenarnya yang sesuai dengan kita agaknya. Pada pendapat zira la kan.. on that day..JUST BE YOURSELF, YOUR WEDDING YOUR DECISION. So, wearing something yang y'll comfortable and y'll rase match dengan diri y'll. No need kot pakai yang pelik sgt sbb takut ianya tidak sesuai dan kita rase menyesal di hari bersejarah kita. Selalunya memang mak andam akan sediakan tudung sekali.. tapi better lah y'll minta mak andam tu review pada y'll awal-awal.. than klu y'll rasa x sesuai atau tak suka.. baik y'll cari sendiri atau request pada mak andam tentang tudung yang sesuai dgn diri anda. Apa-apa pun do something yang ASALKAN PUAS HATI DAN YAKIN TIME NAK BERSANDING.

Jadi..apa fashion tudung yang popular sekarang?

TUDUNG AWNING (Pengeras depan)

Tudung ini menjadi pilihan ramai sekarang kerana tudung jenis ini boleh di pakai terus atau boleh juga dilapiskan dengan chiffon untuk nampak lebih kemas serta mampu dipadankan dengan apa jua aksesori lain. 

Untuk nampak lebih bergaya, boleh juga ditampalkan dengan lace yang sama dengan baju dan ditambah juga dengan manik pada bahagian awning tersebut.

Selepas itu, serikan lagi dengan layah (veil) untuk majlis bersanding atau selendang untuk majlis bertunang atau nikah.

Tapi perlu ingat ye..tidak semua orang sesuai akan jenis berawning ini. Jadi, cuba terlebih dahulu dan pastikan sama ada ia sesuai atau tidak dengan bentuk muka anda.
Pada mereka yang mempunyai bentuk muka yang bulat dan berkeinginan memakai tudung awning, disarankan memakai tudung yang berawning panjang melepasi paras bawah tulang pipi. Zira bagi contoh awning panjang dan pendek untuk menjelaskan anda ;)

Contoh tudung awning pendek:

Contoh tudung awning panjang:

Sudah dapat bezakan? Kenapa zira kata cari tudung awning yang melepasi tulang pipi? supaya tudung tersebut dapat menutup sebahagian bahagian pipi kita dan menampakkan bentuk muka kita menjadi panjang sedikit. Tudung awning yang berpotongan pendek akan menampakkan lagi bentuk muka yang bulat dan ia menjadi tidak sesuai. Setakat ni faham tentang tudung awning? :D

Kita teruskan dengan fashion tudung seterusnya..

TUDUNG IKATAN TURBAN

Gaya ikatan turban ini semakin dipraktikkan terutama pada mereka yang inginkan konsep arabic atau morocco.

Ia merupakan gaya tudung yang ringkas dan moden.

Seandainya memilih fashion tudung ini, pastikan ikatannya dililit dengan kemas. Kain yang sedikit tebal dan keras lebih mudah digunakan untuk membentuk gayanya.

Kebiasaannya juga, tudung ini akan di gandingkan dengan selendang dari fabrik chiffon dan ditambah dengan aksesori lain seperti brooch dan pelbagai lagi mengikut kessuaian.

Contoh tudung ikatan turban:

TUDUNG / SELENDANG (SHAWL)

Bagi mereka yang kurang gemar menggunakan tudung berawning, boleh cuba gaya lilitan selendang. Material yang sesuai digunakan adalah chiffon. Penggunaan fabrik chiffon dalam pemakaian selendang sebenarnya sudah menjadi kebiasaannya kerana fabriknya yang menyerap peluh, nipis dan tidak panas.

Selendang dari fabrik chiffon juga sangat mudah di bentuk dan boleh dipelbagaikan gaya pemakaiannya.

Hanya 1.5m panjang dan 25 inci lebar selendang yang diperlukan <-- senangkan!! :D

Pastikan memakai anak tudung agar ikatan senang dilakukan.

Seterusnya pakai layah atau selendang bersulam agar penampilan tidak terlalu kosong. Gunakan aksesori seperti brooch dan pakai tiara. ;)

Contoh gaya tudung selendang:



TUDUNG 4 SEGI

Back to basic! Jarang rasanya lihat pengantin kini memakai fashion tudung ini lagi..tetapi jika anda rasa fashion tudung yang terlalu moden seperti tudung berawning, turban mahupun selendang tidak sesuai atau tidak yakin untuk digayakan, anda boleh memakai gaya tudung ini. Tidak salah dan tidak pernah ketinggalan zaman juga rasanya ;)

Untuk menggayakan tudung gaya ini, disarankan memilih fabrik chiffon kerana ia agak nipis, tidak panas dan mudah dibentuk. Lilitan tudung dari fabrik yang nipis ini juga tidakakan menenggelamkan wajah pengantin.

Contoh gaya tudung:



Dah tahu serba sedikit tentang kesesuaian fashion tudung kan.. seterusnya ialah tentang tudung dan bentuk muka.

BULAT
Seperti yang zira katakan td, sekiranya ingin memakai tudung berawning, pastikan ianya berawning panjang melepasi tulang pipi.
Elakkan tudung yang melilit keseluruhan muka untuk mengelakkan muka anda nampak terlalu bulat.
Gayakan tudung anda dengan selendang nikah ataupun layah yang panjangnya sekadar paras pinggang sahaja.

BUJUR SIRIH
Bentuk muka ini sebenarnya sesuai untuk semua jenis penggayaan tudung, jadi pilihlah gaya yang tepat untuk diri anda!

PANJANG
Bentuk muka ini pula sangat sesuai dengan gaya tudung lilitan chiffon.
Penggunaan tudung berawning akan memanjangkan lagi bentuk wajah anda.

*INFO-INFO LAIN:
Pemilihan warna tudung; warna tudung seharusnya sedondon dengan warna baju tetapi lebih lembut tona warnanya.

Wanita berbahu besar; pilih tudung yang nipis kerana tudung yang tebal akan membuatkan wajah kelihatan lebih besar.


Itu adalah serba sedikit info tentang gaya tudung yang boleh di gunakan ketika majlis bersejarah anda. Zira sarankan, anda bereksperimen dengan gaya-gaya tudung yang ada untuk melihat kesesuaian pada wajah anda terlebih dahulu. Pilih cara lilitan yang sesuai dan juga menyelesakan anda. Maaf sekiranya info kurang tepat. Boleh komen dan tambah info anda juga ;) Apa pun zira harap info ini dapat digunakan sebagai tips untuk memilih gaya tudung anda nanti. Terima Kasih!


Lots of Love!;
Qaseh AzRin

2 comments:

  1. than zira for sharing the info... =)
    nida suke sume jenis..hehe..tp mcm berkenan dgn gambar 1 selsndang shawl..tp yg tu xtau dia pakai camana...huhu...

    ReplyDelete
  2. Untuk selendang yang nida suka tu.. maybe ia boleh dlm 1 piece shawl or 2 piece shawl. Mean..

    Kalau 1 piece shawl..
    Shawl tu di jahit sarat dengan perincian manik labuci dan sebagainya dibahagian atas kepala.
    Material paling senang adalah shiffon. Cari kain chiffon kosong yg sama color dengan bj tapi lebih lembut sikit. Than just lilit kemas2.

    Kalau 2 piece shawl..
    material yang sama.. perincian yg sama juga.. tapi selendang nya berasingan dengan inner nye.
    Lilit sekemas2ya untuk naikkan perincian manik2 nya.. okay..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...