Tuesday, 5 July 2011

B2B blogger: Excited dan menunjuk?

ENTRY INI HARUS DI BACA OLEH BRIDE TO BE!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Walau diri tak sesihat mana..tapi digagahkan untuk mengepost entry sepantas yang mungkin untuk mencabar diri mengepost 1 entry 1 hari (walaupun tahu hanya akan bertahan untuk sehari dua sahaja..huhu~). First sekali nak mengeluh sekejap walaupun tahu mengeluh itu tidak baik.. anggap je untuk mencari perhatian..(huhu~ sungguh berterus terang!! hahaha) Tidak tahu kenapa..tetapi sejak sebulan dua ni saya sangat kerap demam dan tidak sihat.. sampai kehilangan nafsu untuk menjadi blogger lagi (wahhh..demam sampai tak de nafsu nak online! boleh dikira nafsu ke ea..hihihi..)

Baiklah..merujuk perkara di atas, saya ingin berkongsi cerita tentang tajuk tersebut..dan pendapat blogger yang merupakan 'bride to be' mahupun sesiapa yang pernah menjadinya. Baru-baru ini saya ada pergi ke kenduri tahlil kenalan..maklumlah..sudah dekat dengan bulan ramadhan.. sedang sibuk membantu menyiapkan makanan, ada suara yang bercerita tentang topik blogger. Entah apa cerita dari awalnya saya tidak dengar..tapi ayat pertama yang saya dengar, "..lagi-lagi kalau blog bakal-bakal pengantin, menyampah aku tengok.. nampak macam tak sabar-sabar nak kahwin je..pastu menunjuk sangat..nak pelamin macam tu la.. tunjuk barang hantaran mewah-mewah la.. blog bakal pengantin tu semua over je..." tatkala mendengar suara itu, saya rasa macam hendak baling saje dulang yang berisi makanan tapi makanan itu tak bersalah pun kan..huhu..tak pun..hendak saja menjerit dimukanya dengan bangga untuk menyatakan, "SAYA BLOGGER BRIDE TO BE JUGA!!!" tapi disebabkan mengalami migrain ketika itu, malas hendak melayan.. tapi mendengar je... apa kita hendak bincang ni... mari buat huraian tentang ayat tersebut..

"..lagi-lagi kalau blog bakal-bakal pengantin, menyampah aku tengok.. nampak macam tak sabar-sabar nak kahwin je..pastu menunjuk sangat..nak pelamin macam tu la.. tunjuk barang hantaran mewah-mewah la.. blog bakal pengantin tu semua over je..."

Nampak macam tak sabar-sabar hendak kahwin..ermm.. eew~ tak sabar ke?? Pada saya bukan tidak sabar.. tetapi menghitung hari dan memperingati diri tentang apa yang perlu dilakukan.. Hampir kesemua bride to be blog ada checklist.. malah ada yang bertukar-tukar checklist untuk mengurangkan cacat cela majlis sendiri nanti. Salahkah??
Kalau hendak kata "..tak sabar-sabar hendak kahwin.." rasanya orang yang sabar tak ada nak tulis-tulis blog ni okay..

Bagi topik yang tidak sabar ni pun zira ada satu cerita untuk dikongsi dan boleh la dibuat pengajaran. Pernikahan sememangnya 'lesen' yang menghalalkan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim untuk melakukan sesuatu bukan...??  TAPI TAK PAYAH LAH NAK MENUNJUK PULAK!! kejadian ni baru je berlaku bulan lepas.. saya menghadiri majlis perkahwinan jiran saya. Selepas majlis nikah..pengantin perempuan pergi ke dapur.. berjumpa dengan adiknya.. waktu itu ramai juga orang-orang tua yang sibuk membuat kuih koci termasuk saya yang muda ni seorang diri! huhu~ yang pasti kami semua mendengar dengan jelas ayat ini.. "wei..aku period aa.. cane malam nanti ni....." orang-orang tua ni dah tertunduk tersipu-sipu mendengar nya.. yang dah kahwin, beranak pinak pun malu mendengarnya.. alahai... pengantin.. sabar la.. dah period nak buat macam mana pun! si adik pengantin ni dengan slumber menjawab.. "dah period dah la.. apa masalahnya..tak boleh sabar ke?? macam esok ko nak bercerai pulak! bongok!!!" terus sahaja dia berlalu. Semua terkejut mendengar kata-kata adik pengantin itu.. pada saya mungkin adik pengantin itu berasa malu dengan tetamu-tetamu yang lebih tua di situ.. cerita ini haruslah dijadikan peringatan dan pengajaran ya wahai bakal-bakal pengantin..kalau itu boleh la dikira tak sabar-sabar nak kahwin.. huhu~

Lagi satu topik pula..menunjuk-nunjuk. Pada saya, ayat yang tepat atau sesuai adalah berkongsi.. pendapat saya.. seorang blogger B2B sebenarnya berkongsi idea.. bertukar idea dan mencari idea. Ada orang yang di beri kelebihan kreatif.. dan banyak idea tentang majlis perkahwinan.. orang-orang seperti ini yang dicari oleh blogger B2B untuk mencari idea.. ada yang punya minat yang sama.. memudahkan mereka untuk merealisasikan impian..mungkin mereka boleh bantu membantu walaupun bukan saudara.. mahupun mereka berjauhan. Andai ia dijadikan positif.. positif la ia dan juga sebaliknya.. ada yang berkongsi tentang hantaran yang mewah.. kenapa kata ia menunjuk kalau itu kemampuan dia? barangan biasa juga boleh nampak mewah kalau pandai menggubahnya. barangan biasa juga tidak bersalah pun.. kebiasaannya mereka hanya ingin berkongsi tentang gaya persembahan gubahan. Kalau topik ini hendak dihuraikan.. panjang lebar yang boleh saya katakan.. tapi kalau mentaliti orang yang pandai bercakap sememangnya sudah seperti itu, kita terangkan panjang lebar pun dia tak kan faham bukan.. 

Dalam apa jua yang dilakukan oleh manusia di dunia ini ada positif dan negatifnya.. ia juga menjadi positif atau negatif pada orang yang menilainya. Pada insan yang berfikiran seperti orang yang mengata itu, fikir semula..kalau semua yang dilakukan oleh orang lain itu salah dimata anda.. pernah tak anda terfikir kalau ada perkara yang anda lakukan salah pada mata orang lain?? Fikir-fikirkan...


Salam sayang ;))
Qaseh AzRin

9 comments:

  1. Alahai.. tak pernah terlintas sikit pun kat hati nak menunjuk-nunjuk...
    sebenarnya blog ni adalah ruang dan medium untuk berkongsi maklumat. kita setuju dengan zira...
    Bab2 menunjuk-nunjuk ni.. Wallahu A'lam, hanya si blogger dan Allah je yang tahu niat sebenarnya...
    Takpelah zira, mulut manusia memang tak boleh tutup.. lainlah kalau tempayan, boleh jugak nak tutup kan... Yang penting, kita tahu apa yang kita buat.. Dia tak suke, tak payahlah baca kan... ^_^

    ReplyDelete
  2. saye setuju dgn statement zira tu..paling senang camni je..kalo rasa menyampah jangan baca..klik je X kt page tu..dlm teknologi canggih skrg ni..saye x rase diorg2 ni x google search kt internet cari idea pasal kawen jugak..maybe makcik2 yg x paham dunia IT tu boleh diterima la :)

    ReplyDelete
  3. Entah-entah orang macam ni pun esok-esok goggle blog jugak nk cari idea kawen walau mereka bukan blogger ms dorg nk kawen kan..haha~

    ReplyDelete
  4. isyh...diorang tu sebenar nya jeles..kita bukan menunjuk, cuma berkongsi idea..plus, kita tau apa yg perlu ada, ap yg belum buat..apa2 hal, rujuk blog..

    ReplyDelete
  5. tah la nida.. x suka x ya bace la kan.. x bek sungguh iri hati dgn org kan...

    ReplyDelete
  6. adoii ade ke...berkongsi maklumat kan pntg...blog ni salah satu medium..even saya pun berterime kasih dgn B2B blogger.bcoz senang saya rncg checklist..:)...

    ReplyDelete
  7. hai zatie.. kita ignore je la org begitu.. pade dia blogger post entry2 yang boleh bkgsi maklumat tu menunjuk.. tapi dia x perasan kot kalau dia update status kat fb dok pegi cuti kat sana sini la..beli itu ini tu x menunjuk kot..

    ReplyDelete
  8. Zira..saya br jmp blog awk n baru bc sumer entri trmasuk entri ni.. Mmg saya suka bc blog2 b2b coz byk info yg dikongsi...its not about menunjuk2...tp sharing idea n info... mcm saya yg x kreatif langsung nih...bc blog2 b2b yg lain dpt gak menambah idea n inspirasi 4 my wedding..n i'm very thankful having u guys writing bout ur wedding.. Mereka yg mengata itu adalah tidak faham fungsi blog or diaorg jeles..hehe

    ReplyDelete
  9. Hai Liza.. tenkiu sgt sebab bc sume entry.. rajin nye awak.. (^_^) Zira pun rasa mcm tu jugak ;)) very thankful to B2B blogger and BBF.. and zira jugak rasa dorg lebih kpd jeles...hihihi~

    nnt zira follow kamo okay.. tp skrg x le msuk lg.. :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...