Wednesday, 20 July 2011

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Assalamualaikum..

Rasanya semalam zira tak sempat nak update blog sebab pergi kelas make up.. So, malam ni baru berkesempatan update.. merujuk tajuk di atas.. sebelum ni zira ade post satu entry untuk pilih untuk pakai inai di hujung jari sahaja atau pun henna yakni inai bercorak yang kebiasaannya di pakai oleh kaum hindu.. Sebelum ini saya ada terbaca di beberapa blog yang terlupa saya nak ambil kesemua link.. di antaranya yang ni.. Apa Hukum Meniru Budaya Agama Lain??.. kat dalam ni pun ada jugak.. yang ini..lebih kepada forum.. Topik: Hukum Memakai Inai.. ada juga dalam Pengantin: Hukum Berinai..

Okaylah..kalau search.. google.. banyak sangat pasal ni kan.. Setiap bakal pengantin mesti research and post jugak.. kebanyakannya akan buat conclusion sendiri sebab masih juga ada keraguan dan kesahihan tentang hukum ini..pendek kata sebab tiada keyakinan.. Kalau baca bacaan-bacaan dari link-link yang zira dah baca.. semua membuat kesimpulan bahawa ia haram...mahupun menjurus kepada haram.. zira tanya pulak pada mama zira.. dia suruh zira rujuk pada majlis fatwa.. wah.. dalam hati.."bijaknya mak saya" huhu~ lalu zira pun google majlis fatwa malaysia dan cari info tentang perkara ini. Rupanya ini adalah persoalan yang sangat-sangat popular... maka jumpalah persoalan ini..Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak.. Jadi apa yang ada di dalamnya adalah ini..

Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Di dalam entry ini Hukum Lelaki Pakai Inai di Jari ini juga ada info tentang hal yang bersangkut paut tentang isu ini iaitu..

pasal inai ari tu, boleh ke lelaki pakai inai dijari? cthnyer
mase kahwin or sesaje je? perempuan lak cam ne sbb saye pernah
terbaca di majalah, ust tu tulis perempuan tak leh pakai inai dijari
kecuali utk tujuan dijdkan ubat, kalau kahwin lak camne?

Jawapan:  
  1. Lelaki tidak boleh pakai Inai (henna) dijari kerana menginai kuku adalah feminis. Fiqh Syafi’iy mengharamkan lelaki berinai di kuku (alNawawi,alMajmu’: 1/292)
  2. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita2zaman salaf berinai dan Nabi saw tidak menegahnya, malah menyuruhnyaDalil: Dari Aisyah ra, ” Nabi melihat tangan di sebalik tirai danberkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itutangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorangperempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).”(Abu Daud, 4166) dan anNasa’iy (5092)
  3. Maka tegahan wanita berinai atau henna itu adalah tidak benar. tegahan itu sebenarnya utk lelaki kerana hadis Imam Ahmad, ‘ Allah melaknat lelaki yg menyerupai perempuan” (alMusnad no 2984, dari Ibn Abbas, disahihkan oleh ahmad syakir.)

Zira menulis tentang ini..sekadar untuk berkongsi.. BUKAN SESEKALI UNTUK MELETAKKAN MAHUPUN MEMBUAT HUKUM SENDIRI.. andai di tanya pada yang berilmu pun ada yang mengatakan ia haram dan dilaknat ALLAH.. ada pula yang menyatakan ianya harus.. sememangnya ia adalah kurang meyakinkan untuk hukum ini..kerana tidak ada hukum yang dinyatakan secara terus dr ALLAH tentang perkara ini. Tapi, ada yang berkata.. kalau kita ragu tentang apa-apa pun..mahupun dalam kesusahan atau apa pun yang membuatkan kita susah untuk membuat keputusan..kita boleh rujuk pada ALLAH. Sebab itu ada nya istikharah kan.. Apa kata cuba untuk solat sunat istikharah..boleh bertanya terus...direct pada tuhan.. ;)

Seandainya ada apa-apa maklumat yang dapat dikongsikan tentang isu ini lagi..pasti zira akan berkongsi lagi.. Apa-apa pun..terpulang pada diri kita sendiri...

Salam sayang;
Qaseh AzRin

6 comments:

  1. Zira, hana pun ade baca banyak pasal hukum inai corak ni. Tapi hana dah tetapkan hati nak inai kat hujung jari je. tak nak lah corak2 sebab hana nak tinggalka perkara syubhah.

    Zira pergi kelas make up ye? bestnya... teringin nak g kelas make up, tapi malu... sebab hana memang zero bab make up... hihi

    ReplyDelete
  2. wow good job kak zira!! =) so means bolehla eh pakai inai corak2 kat tgn sbb tu corak2 bunga n daun2?/ =)

    ReplyDelete
  3. saya inai di hujung jari je. tiad ukir2. nica info dear :)

    ReplyDelete
  4. Hana: Zira pun pakai inai kat hujung jari ms sanding nanti..sebab x brape suke sgt henna ni..

    zira ada tanya pendapat mama.. kalau lah TERnak pakai henna ni..mama cakap klu nk pki masa nikah je.. sebab zira nikah sebulan awal..masa sanding dah hilang da.. pastu masa nikah x rmi org..jangka masa majlis pun singkat.. cuma ade saudara mara..sebab apa2 pun..kiter x nk smpi menimbulkan fitnah ataupun dilihat org lain dalam keadaan yang boleh mengghairahkan orang lain..if pakai mase nikah nnt.. ade la gmbr sikit pki henna tu.. tpi zira pun x decide lg...

    at least dpt jugak tau tentang had pemakaian nye untuk di jadikan panduan.. agar tidak berlebih-lebihan...

    tpi zira pun x decide lg tentang henna ni..yang pasti mase sanding mmg x pki henna..pki kat hujung jari je..

    ReplyDelete
  5. Ain: Kalau ikut penulisan dr majlis fatwa itu hukumnya harus.. tp corak yang dibenarkan dan juga had pemakaiannya lah..

    "sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja"

    boleh dirujuk lagi dengan pakar2 seperti imam2 dan juga ulama ;)

    ReplyDelete
  6. Nora: Zira pun pakai kat hujung jari je mase sanding nanti ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...