Friday, 29 July 2011

I'm totally jam today!

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Seharian tak update blog. Semalam post 1 entry jew sebab design baju Miss Sunshine saya.. ;)) tgh malam td adjust balik and email pada dia..
Alhamdulillah dia suka. Tapi tak dapat nak upload lagi macam mana designnya. Than beliau ada meminta untuk sketch lagi satu untuk di buat pilihan.. TETAPI tak sempat nak siapkan lagi kerana..(SORRY HANA) sangat busy kemas rumah hari ini kerana tinggal berseorangan di rumah beberapa hari ni.. selalu kemas dengan mama.. Pada jam 7:52pm ni dah rasa penat and ngantuk gilak. Try sambung sketch tu tapi my brain totally jam.. and I'm hungry. Dalam time cenggini.. leh lak teringin makan buah kiwi.. Ini lah permulaan ujian nak berpuasa.. nak makan tu..nak makan ini.. segala benda nak di makan padahal bulan puasa nanti bukan tak leh makan langsung.. huhu~

Selain merasa kepenatan dan keNGANTUKan yang teramat.. sebenarnya menahan rasa geram di hati kerana laptop ini asyik sangat demam panas.. dan sangat susah nak on.. sampai saya cakap camni dengan laptop saya.. "Janganlah macam ni.. kalau awak macam ni... nanti saya beli baru.. lagi awak tak dapat tengok muka saya mengadap awak hari-hari lagi..awak dah berkhidmat dengan saya sejak saya tingkatan 4 1/2..jadi awak jangan merajuk ye.. kalau awak sihat selalu.. lepas kawen pun awak boleh ikut saya.." Haih~ penat pujuk dia baru leh hidup...memang jam la kalau buah hati yang ni buat hal camni.. ade lagi satu buah hati buat hal jugak.. :(

Telefon bimbit saya juga... masa subuh.. leh lagi sms dengan Miss sunshine pasal baju.. tak silap pukul 6:55am.. lps solat subuh sambung tido sebab hujan lebat gilak... bgn lagi tepon saya macam ape tah.. langsung tak le tarik line! huh!! benci.. sedih! geram! mama tak dapat tepon.. en.tunang send msg pun tak sampai.. Memang sangat jam semua nya! bersabar ye zira!!!! (T_T)

Ohh.. ada lagi satu... hari ni berjauhan dengan camera2 zira. DSLR member pinjam..abang dia nikah.. sebab dia banyak juga tolong zira.. jadi... zira pinjamkan lah..Nak amik gambar sketch baju sanding Miss Sunshine pun tak dapat.. camera compact pulak kakak pinjam.. yang ni malas nak komen pape. haih~ Semoga segala harta saya selamat dan DIPULANGKAN dengan sihat dan selamat.

Disebabkan keletihan lagi keGERAMan yang disebabkan oleh semua buah hati saya yang agak emo hari ni.. saya menjadi sangat sakit kepala. Saya mohon maaf pada HANA kerana kelewatan buat design lagi satu.

Jadi saya harus berehat awal. Sekian terima kasih.. PEACE!! ;)

With Love;
Zira

3 comments:

  1. Zira cyg.... takde lah nak cepat2 sangat design tu... lagipun hana dah dapat pun kan... CANTIK!!!!

    ReplyDelete
  2. Hana: Ketika itu zira sdg pndm perasaan.. hihi.. x le focus.. happy hana suke.. nnt zira publish kat blog zira nak...

    Heidi Shafiq: Thank you! (^_^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...