Monday, 11 July 2011

Melayu oh melayu..mestikah MELAYU?

Assalamualaikum semua.......


Hai semua.. terasa macam nak membebel je pada hari ini.. huhu..sebelum tulis panjang lebar sampai ada sesiapa yang terasa hati ke apa ke.. Saya mohon maaf terlebih dahulu.. Bukan niat hendak mengutuk, persenda atau apa-apa sahaja yang related dengan apa yang saya nak suarakan.. sekadar menjadi renungan, pengajaran atau apa sahaja yang boleh di lakukan untuk memperingati diri dan orang terdekat kita, InsyaALLAH.

Entry kali ini saya hendak bercakap sedikit sahaja tentang melayu kini.. humm... apa sebenarnya yang hendak jadi sekarang ye.. banyak yang berubah.. tapi, kalau hendak dikatakan berubah banyak perkara yang terjadi sekarang pernah berlaku pada zaman rasulullah dahulu. Jahil dengan pelbagai perkara termasuk agama. Jadi mungkin lebih sesuai kalau kata.. banyak perkara yang berlaku sekarang kembali seperti zaman jahiliah. Wahh...jahilkah manusia kini. Apa sebenarnya yang saya nak cakap???
 Siapa perasan perhimpunan bersih di ibu kota baru-baru ini dihadiri ribuan manusia yang majoritinya melayu? Siapa perasan memang bagus.. maknanya anda seorang yang alert yakni prihatin ;) Malunya rasa diri ini melihat bangsa sendiri berjalan ke sana sini bercampur lelaki dan perempuan. Ya, mungkin saya tidak la sempurna sangat di mata islam dan iman tetapi saya menghormati orang lain yang katanya nak perjuangkan islam..apa yang saya maksudkan..antara yang mengikuti perhimpunan tersebut adalah orang yang KATANYA memperjuangkan islam.. tetapi tidak kisah pun hukum tentang bercampur gaul dengan jantina yang berbeza. Macam mana tu? mereka akan buat orang hilang hormat dengan mereka..hurmm.. jahilnya memalukan agama dengan sebegitu..sedih... mereka kata perhimpunan itu BERSIH, tetapi mereka buat kotor.. macam mana tu? hurmmm.. sedih.. majoriti bangsa melayu... negara ini tanah melayu.. tetapi tanah melayu ini tidak mahu di jaga bersama-sama..malah bergaduh sesama sendiri di sana sini.. macam mana tu? hurmm.. sedih nya..malunya.. bangsa lain duk je relax.. tengok orang melayu kena tahan dengan polis.. hurmm... saya tidak mahu sokong mana-mana pihak tetapi saya hanya memandang kedudukan melayu yang beragama islam ini.. Pada saya, ia sangat memalukan dan menyedihkan.
 Seterusnya, di pentas hiburan.. banyak sungguh program realiti sekarang ini. Dari program untuk kanak-kanak sehinggalah ke warga emas. Contoh yang dapat saya kongsikan seperti bintang kecil atau yang seumpamanya..selalunya anak-anak MELAYU yang menyertainya..adakah sangat perlu membesarkan anak-anak dan memberi lorong yang sebegitu mudah untuk mereka ke dunia itu.. mungkin saya lebih berbangga jika ada bintang taranum atau program yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk merperkukuhkan mental dan fizikal tentang keagamaan seperti imam muda. Sebelum ini ada yang mengkritik di dalam akhbar tentang program imam muda yang katanya tidak elok sesama islam bersaing tentang hal-hal agama. Cuba bertanya pada imam-imam muda tersebut adakah kemenangan yang mereka cari? pasti mereka lebih mengejarkan ilmu yang mereka akan dapat. Mungkin juga mereka menyertainya untuk membina keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan masyarakat yang ramai seterusnya meyakinkan diri mereka untuk membantu dalam mendidik masyarakat yang agak cetek pengetahuan agama. Sekurang-kurangnya di dalam program itu, setiap yang tersingkir juga tetap mengikuti sesi pembelajaran.. cuma cabaran-cabaran mingguan sahaja yang tidak dapat ada mereka ikuti. Adil bukan..? mereka peroleh ilmu yang sama rata walaupun tersingkir. Cenderahati yang mereka peroleh juga sama rata.. kesemuanya dapat menunaikan umrah..beruntung bukan? mereka yang memenangi program realiti yang lain belum tentu menggunakan wang kemenangan mereka yang sangat banyak itu untuk menunaikan umrah.. (^_^)

Program imam muda yang pernah dikritik itu pula di bandingkan pula dengan akademi fantasia. Adoi.. tidakkah orang yang kritik itu berfikir tentang perbezaan program-program tersebut? imam muda yang penuh dengan ilmu untuk dikongsikan dengan penonton hanya ditayangkan selama 10 minggu kalau tidak silap saya..kalau saya silap, boleh lah dibetulkan. Manakala akademi fantasia dan program hiburan lain ditayangkan lebih dari 10 minggu pada setiap musim..belum yang undi masuk lagi..tambah lah lagi berapa minggu..huhu~ Nampak sangat program hiburan melebihi dari apa yang dituntun dalam agama. Mari kita lihat pula pesertanya...dari musim pertama sampai lah yang kepenamat.. majoriti adalah peserta MELAYU. Siapa empunya program tersebut? tetapi peserta yang menyertainya melayu..yang tersangat obsesi dan rajin untuk mengundi pula dah tentu la melayu juga kan..bercampur gaul berlainan jantina dengan mudah dan bebas.. mempersembahkan tugasan dengan penampilan dan baju yang sangat GOJES..dan banyak lagi yang sebenarnya boleh di kritik..tapi disebabkan penonton lebih seronok menikmati program sebegitu jadi mereka tidak melihat cacat cela bangsa melayu ini.

Selain dari program AF sebelum ini.. kita boleh lihat pula program realiti mari menari yang masih ditanyangkan sekarang ini. Mungkin ada sesetengah pihak yang terlepas pandang disebabkan pesertanya boleh dikatakan muhrim dan tidak salah untuk bersentuhan. Pasangan adik beradik, bapa dan anak dan yang lain-lain. Tapi pada pandangan mata saya, ia masih kurang manis. Maaf ye sebab saya kuat kritik (^_^) Pada saya, hubungan anak perempuan dan juga bapa, ibu dan anak lelaki, abang dan adik, adik dan kakak atau yang seumpamanya juga ada batasnya walaupun muhrim. Di dalam realiti kehidupan, mungkin mereka tidak akan bersentuhan sepertimana di dalam koreografi tarian yang mereka lakukan dalam program tersebut. Sesebuah tarian yang dilakukan berpasangan pastinya ada kerjasama daripada pelbagai aspek termasuk segala sentuhan dan juga ekspresi muka, pandangan dan eye contact. Kenapa saya menyentuh isu ini? kerana pesertanya MELAYU dan beragama islam. Di dalam realiti kehidupan seharian..sentuhan, body languange, eye contact, dan eksperi muka ini jika dilakukan mungkin boleh menyebabkan kewujudan sumbang mahram tetapi disebabkan program sebegini ia akan nampak hiburan semata-mata dan menampakkan ia seperti perkara yang biasa-biasa sahaja. Kenapa mesti melayu yang menyertainya ye? kalau ikutkan syarat penyertaan tertuliskah MELAYU SAHAJA? (^_^)

Seterusnya...ada setengah manusia yang sibuk mencari wang untuk bantu ibu bapa mereka menunaikan haji. Tapi lain pula dengan yang ini. Bangga melihat ibu atau bapa mereka di dalam kaca TV menyampaikan lagu tidak kira bagaimanapun suara mereka di usia emas itu sedangkan yang menonton ini ketawa, persenda akan gelagat mereka yang sudah berusia itu. Sedihnya saya rasa apabila melihatnya. Pesertanya yang beratur panjang sampai 300 400 orang untuk datang ujibakat pula semuanya MELAYU. alahai......kenapa begini..........begitukah sepatutnya yang berlaku diusia mereka??

Kalau hendak huraikan banyak lagi sebenarnya..tetapi saya terlupa yang saya kata hanya tulis sedikit sahaja. Apa yang saya suarakan juga perkara yang mudah dilihat dan difahami sebenarnya.. jadikan ia sebagai renungan yang boleh membantu kita perbaiki diri. Ia juga sebagai peringatan diri saya sendiri..ada pepatah mengatakan, 'MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA', Saya doakan zuriat anda semua akan menjadi seorang anak yang terbaik dimata agama, negara dan keluarga. Apa pun semuanya pilihan diri masing-masing (^_^) Mohon maaf andai ada yang tidak dapat terima penulisan ini. Saya juga tidak memaksa sesiapa untuk menerimanya kerana saya tahu akan setiap hak manusia untuk menerima atau menolak setiap pandangan yang disuarakan. Hanya luahan rasa malu dan sedih melihat bangsa sendiri digunakan untuk keuntungan bangsa lain. Mohon maaf sekali lagi... ;))

Salam sayang;
Qaseh AzRin

4 comments:

  1. Wow zira... memang karangan ni... hihi.. Gurau je. Yes! Sangat2 setuju dengan ape yang zira tulis ni.. Yang pasal perhimpunan tu, hana tak nak komen sangat tapi serius memang majoriti melayu... sebenarnya org melayu ni dah lupa...kalau nak kupas nanti ade org kata hana racists pulak... huhu.
    pasal program imam muda tu pulak.. sde jugak org kritik ke? ishk2, tak patut! sekurang-kurangnya masih ade usaha untuk mencungkil bakat2 muda dalam bidang agama. Ini tidak, balik2 disogokkan dengan hiburan je... muak jugak tengokkan...
    memang payah sebenarnya dunia sekarang ni. Bak kata Ustazah Asni, dunia sekarang adalah dunia fahsha' wal mungkar yang bermaksud kerosakan dan kemaksiatan. Terlalu mudah nak dapat benda2 tak elok sekarang ni. Kadang2, hana jadi takut nak besarkan anak nanti.... Sebab tu dari sekarang, hana cuba ubah diri hana dulu, kebalkan diri dengan ilmu2 yang selayaknya... ^_^

    (Dah jadi karangan jugak kat sini, huhu)

    ReplyDelete
  2. Pasal perhimpunan tu sebenarnye tak nak komen byk juga.. cuma nak highlight tentang MELAYU yang ada di situ.. sedih je rasa..

    Zira pun takut jugak macam mana zira sendiri nak besarkan anak nnti.. harap dan minta tuhan tolong permudahkan semuanya.. Amin, InsyaALLAH..

    ReplyDelete
  3. tulah bak kate tun mahathie..melayu mudah lupa..
    diorg x sedar ke ade mata2 yang memerhatikan pertelingkahan sesama melayu..
    malas btol tgk perhimpunan..rse mcm due2 pihak same je..hoho..
    minta tuhan poermudahkan lah kan :)

    ReplyDelete
  4. amin..InsyaALLAH zatie.. harap tuhan bantu umat islam ini (^_^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...