Monday, 4 July 2011

Tarikh kahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Asyik sangat bercerita tentang scrapbook sampai lari dari konsep asal blog ini kan.. sudah la tenggelam timbul sahaja akhir-akhir ini. Hasrat hati memang hendak menulis 1 entry 1 hari (dah macam 1 murid 1 sukan pulak! hehe..) tetapi belum tentu ada cerita yang dapat dikongsikan untuk setiap hari kan..dalam hari-hari kita akan ada hari suka dan hari duka. Adalah lebih baik berkongsi yang suka dengan orang lain. Bukankah ia akan memberi semangat juga pada yang lain dari berkongsi duka yang kadangkala disalah tafsir untuk mencari simpati atau mencari perhatian atau pentafsiran yang lain? ;)))

Jadi, Zira kembali semula kepada persiapan perkahwinan yang dijalankan.. Pada sesiapa yang mengikuti perjalanan blog ini pasti sedia maklum tentang pertukaran tarikh majlis perkahwinan zira nanti. Pejam celik pejam celik masa dan waktu sangat pantas berlalu.. sudah pun 9 bulan zira menjadi tunangan orang..dugaan yang mendatang tu jangan lah di tanya, ada satu masa sampai nak pulangkan cincin..hurmm.. dalam membuat persiapan pulak ada perselisihan faham tentang penentuan tarikh.. bila tarikh dah ada, make-up, butik dan segala dah di booking..ada pula suara yang meminta tarikh di tukar.. tunang kata.. "sabar ye.. ni pun salah satu dugaan untuk kita bersatu" dengan sabar dan tabah (yg x berapa nak tabah) juga la di gagahkan memikirkan tentang pertukaran tarikh ni... Dengan gagah yg x berapa nk gagah juga lah aku meminta tunang membawaku berjumpa dengan ibunya untuk berbincang..

Sampai sahaja kerumahnya..berdebar hati untuk memulakan bicara.. tapi hendak buat macam mana kan.. kena lah bersuara juga.. pihak tunang meminta untuk melangsungkan majlis bertandang ketika cuti sekolah. Keluarga saya pula memang tidak suka melangsungkan majlis tersebut ketika cuti sekolah kerana kebanyakan pak cik dan mak cik akan sibuk dengan catering mereka. Sudah tentu banyak majlis kahwin waktu cuti sekolah tu. Sudah tentu juga pak cik mak cik zira itu tidak akan ada waktu majlis zira. sedih rasanya bila tiada saudara mara bukan ketika majlis keramaian kan..dalam sejarah majlis perkahwinan dalam keluarga kami juga belum ada yang melangsungkan majlis kahwin pada waktu cuti.. jadi selepas berbincang, saya minta majlis diawalkan. Majlis nikah juga akan di awalkan dari majlis persandingan nanti. Majlis bertandang pula akan berlangsung 3 minggu selepas majlis persandingan di rumah zira nanti. Nampak macam rumit kan..Sabar je la..sudah la pejam celik pejam celik rasa macam dah semakin hampir.. inikan pula di awalkan.. perjalanan persiapan perkahwinan ini sudah pun menjadi 10 bulan sahaja lagi.. Sangat risau rasanya...tetapi, kadangkala rasa tidak sabar untuk melalui hari-hari tersebut.. dalam hati "cepatlah selesai semua ni, hilang segala kerisauan!" mesti semua bakal pengantin akan berperasaan begitu pada satu-satu masa kan..

Tarikh untuk majlis di rumah zira nanti sudah pun zira, tunang serta keluarga pilih iaitu pada 19, 20 May 2012. Tetapi majlis pernikahan akan di awalkan sebulan dar majlis sanding iaitu pada 21 April 2012 (Sabtu). 19 may 2012 nanti berlangsung majlis berinai pada waktu petang dan khatam al-Quran pada waktu malamnya. Persandingan akan berlangsung pada 20 may, ahad. majlis di rumah lelaki zira dan tunang tidak dapat tentukan tarikh lagi untuk tunggu kepastian tarikh cuti sekolah nanti. Untuk itu, Zira haruslah berbincang semula dengan butik untuk menukar tarikh dan beberapa hal yang lain. Semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan ALLAH.. Amin, InsyaALLAH.

Itulah serba sedikit cerita tentang perjalanan majlis zira ketika ini.. doakan segalanya mudah ye teman-teman.. begitu juga dengan majlis anda semua ;)))
Sampai jumpa lagi (^_^)


Salam sayang;
Qaseh AzRin  

2 comments:

  1. xpe kak zira..yang penting nanti majlis berjalan dengan lancar..aamin~~ =)

    ReplyDelete
  2. diawalkan ye? adelah tu hikmahnya.. InsyaAllah, dipermudahkan segalanya.. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...