Saturday, 20 August 2011

Make up berinai + sanding dah masuk schedule MUA

Assalamualaikum..
Salam sejahtera...

Terlupa tentang 1 hal ni... Alhamdulillah... my make-up session dah masuk schedule MUA.. semalam MUA call confirmkan tarikh.. (^_^)


Huhu...nampak tak nama siapa (^_^) Yes....Kak Awin... Semalam Kak Awin call and confirmkan tarikh.. alhamdulillah.. lega sikit pasal make up ni.. Kak Awin akan make up kan waktu majlis berinai dan juga sanding.. mase nikah tak tahu lagi... masa bertandang pun tak decide lagi.. hurmm.. hopefully everything will be okay.. dan semoga Allah permudahkan segala perancangan dan majlis kahwin saya hingga ke akhirnya.. Amin....




Cake Kahwin

Assalamualaikum..
Salam sejahtera...

Hai teman-teman semua.. walaupun lagi 10 hari nak beraya.. Langsung tak terfikir tentang sambutan raya.. sebab risaukan majlis kahwin... baju raya pun takde.. huhu~ dah 3 tahun pun tak buat baju raya. Tak mengapa lah.. pakai je baju yang masih boleh di pakai..

Kali ini.. zira nak cerita pasal wedding cake... haaa.... sape ingat pasal ziranye entry pasal colorfull theme.. sbnrnye masih ada rasa nak guna theme tu.. tapi sebab da decide nak pink hijau kan..so terfikir-fikir la apa yang zira le gune jugak untuk selitkan theme ni.. Lagi pun.. klu dalam majlis keramaian macam majlis kahwin nnt semua ikut color tema je pun tak best gak pada saya..huhu~ campur sikit yang colorfull..mesti nampak meriah... lepas fikir banyak kali... zira decide nak guna tema colorfull ni untuk cake kahwin!! (^_^)

Camne rupanya? ha... begini....

Sangat comel rasanya cake ini...

Yang ni pulak nampak meriah kan.. banyak tul butterfly! suke!! ;))

Yang ni nampak sedap... tambah lak dengan cherry tu :( (puase-puase wat entry mcm ni.. rase menyesal pulak!) 

Emm... semakin nampak sedap... :((((

Nak jugak wat cake camni kawen nnt.. wat setingkat je ok dah kan..

Alahai... sedapnye tgk... blm rase lagi.. rasa mcm nak buat cake pulak...

Taraaaaa...... tengok cake ni.. colorfull kan... ni cake birthday anak buah mase dia satu tahun... mama dengan akak yang wat... mama wat cake nye... resipe zira nye.. cake lapis kukus.. nak tunjuk dalamnya tapi tak de gambar after ptg..hihi.. akak just decoration belah luar.. cake nye sngat sedap.. haha! lapar sudah...

Ketika ini rasa mcm nak buat cake.. huwaaa...

eh... sape bace entry semalam.. pasal zira hantar kakak ipar check darah baby??? angkat tgn! ada cerita kat hospital tu... kalau nak tau... tggu entry seterusnya... huhuhu~ Jumpa lagi.........

With Love!
Zira *Qaseh AzRin

Friday, 19 August 2011

Keletihan...

Assalamualaikum..
Salam sejahtera...dan
Salam malas untuk diri saya... kikiki~

Waa... Sangat mengantuk rasanya waktu ini.. kelewatan tidur pada malam tadi.. dan juga terus berjaga sesudah bersahur pagi tadi sehingga mengepost entry berangan di Paris pagi-pagi buta kan..haha~

Pagi-pagi lagi dah ke Hospital bersama kakak ipar membawa babynye yang berusia seminggu sehari untuk check darah.. Harap-harap baby ok je.. tak kena kuning.. kesian sangat melihat dia menangis ketika diambil darahnya...kalau la saya maknya... mungkin saya menangis melihatnya.. Lepas siap je amik darah.. hantar kakak ipar ke rumah sebab result 2 jam lagi.. so saya pergi ke market pula mencari sayur dan ikan..haaa.. kini saya sedang menulis entry ini dan kul 12 tengah hari nanti saya perlu ke hospital semula bersama kakak ipar untuk tengok result baby.. hemm... sangat mengantuk...

Ok la.. nnt saya sambung post lagi.. saya nak tido sebentar sementara menanti jam 12pm! (^_^)

with Love!
Zira *Qaseh AzRin

Berangan je la kalau...

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulillah... mood untuk post entry sudah kembali normal.. boleh la mengepost dengan hati yang tenang... WALAUPUN sebenarnya masih bermasalah. Cuma.. kali ini, ia boleh di atur dan diuruskan dengan mudah sedikit. Baiklah.. kali ini zira ingin sekali berkongsi sekali lagi gambar-gambar yang boleh dijadikan inspirasi.. cuma.. yang ni agak susah untuk direalisasikan.. zira sendiri hanya dapat berkongsi.. sungguh mendapatkannya tu tidak mungkinlah.. hanya boleh berangan-angan.. hihi~

Apa agaknya yang diangan-angankan oleh zira ye... hihi..mari lihat~






Emmm..lihatlah..indahnya bergambar di Kota Paris.. indahnya jika berpeluang ke sana juga.. tapi...jangan haraplah.. haha~ dah bercucu pun belum tentu dapat...

Waaa... ini betul-betul entry berangan ye kawan-kawan.. marilah kita berangan-angan bersama-sama... kah kah kah...

With Love!
Zira *Qaseh AzRin

Thursday, 18 August 2011

Presenting... Blog Rasmi Butik Pengantin Kaseh Collection

Assalamualaikum..
Salam sejahtera.

Hai teman-teman.. apa khabar semua... alhamdulillah di bulan puasa ni.. walau banyak dugaan.. Allah masih beri kekuatan.. (^_^) Untuk beberapa hari ini.. zira agak sibuk untuk menyelesaikan beberapa perkara. Jadi hari ini, zira kembali dan ingin berkongsi sesuatu ;))

Tujuan post entry kali ini adalah untuk berkongsi blog baru seorang teman yang zira tolong buatkan.. presenting this blog ;) 


So glad jika ada teman-teman yang follow blog ini.. walaupun bukan staff di situ.. tapi zira sangat gembira kerana dapat membantu serba sedikit dengan butik kawan ni.. and tlg marketing sikit-sikit.. InsyaALLAH kami akan publish gambar-gambar baju, pelamin dan yang berkaitan untuk dikongsikan dengan anda semua. ;)

Rajin-rajin follow and singgah ye! Sayang semua (^_^)

With Love;
Zira *Qaseh AzRin

Monday, 15 August 2011

Voices..


Adakala tangan ingin menulis,
Hati ingin meluahkan,
Mulut ingin berkata-kata
Agar fikiran dapat ditenangkan.
Adakala air mata tidak membantu apa-apa
tapi dapat meredakan sengsara.
Adakala jiwa meronta
tapi hati menahan memendam rasa
untuk menjaga perasaan yang lebih tua.
Adakala diri ini gagah berdiri menerima ujian diberi
tapi kadangkala jiwa luluh badan binasa tewas dengan
perasaan sendiri.
Diri ini hanya mampu merintih..
mengadu lagi merayu pada NYA agar diringankan semua..
Dipermudahkan segalanya..dan diberi kekuatan olehnya...
Tapi hanya DIA yang maha kuasa menentukan segalanya.

-Kisah Qaseh AzRin


VOice of loVE


Indah pada zahir tidak semestinya indah pada batin.
Senyum yang terlukis dibibir mungkin hanya seperti
lukisan dinding disebalik tabir.
Dalamnya dasar laut mungkin tidak sedalam rasa
pahit di hati yang semakin menghanyut.
Tingginya gunung di bumi mungkin lebih
tinggi amarah di diri.
Cinta yang lama terpatri sangat sukar dicari ganti.
Sayang yang hinggap di hati akan sentiasa kekal abadi.
Kasih yang hanya satu tidak sanggup untuk di bahagi.
Sakit yang ditanggung bukanlah seperti yang
ditayang di dalam panggung.
Air mata yang menitis mungkin boleh menjadi
darah yang menghakis.
Sujudku saban hari kerana bersedia dijemput ilahi.
Berjanji padaku bahawa tiada setitis pun air mata yang
mengalir apabila tiba masa untuk aku pergi.

- Kisah Qaseh AzRin

Sunday, 14 August 2011

Guestbook - Rini, Dengkil

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Guestbook for Rini's wedding..
Theme: Orange Silver.

This is the cover

This is cover too.. can put your wedding date in the bookplate ;)

1st page of content..
  
This is the words of content (^_^)
other content is cream paper.  


*to Rini: After binding Zira call you for pick up okay! Hope you like it..Thank you for your request too!! (^_^)

Tiada design yang akan diulang kerana ia handmade :D
Semua mengikut kreativiti ketika membuatnya..
Kalau minat boleh request pada zira ;))
Boleh request kat blog atau email zira;
psychedelic_zeera@yahoo.com


With Love;
Zira *Qaseh AzRin

Friday, 12 August 2011

Doa KU buat MU kekasih..


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...

Tukarkanlah segala kepahitan menjadi kemanisan,
Tukarkanlah kesakitan menjadi ketenangan,
Tukarkan keperitan kepada kebaikan,
Tukarkan juga kekeruhan menjadi kesenangan,
Tukarkanlah segala kelemahan menjadi kekuatan,
Tukarkanlah kesedihan menjadi kebahagiaan
sepanjang aku bersama kekasih yang aku kasihi.
Tetapkan hati aku untuk menemaninya kala susah dan senang,
Jadikan aku sebagai sahabat yang mengerti dirinya,
Jadikan aku kekasih yang menyayanginya,
Jadikan aku isteri untuk menjaganya,
Jadikan aku ibu kepada zuriatnya,
Jadikan aku sebagai teman hidupnya
sehingga hembusan nafasku yang terakhir...
Amin...Ya Rabbal Alamin...


-Kisah Qaseh AzRin



Kisah Semalam (11 08 11) dan awal pagi Hari Ini (12 08 11)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Dok update blog pukul 2:45 pagi ni mmg x penah la buat.. bukan excited nak update pun.. cuma... tah! Waktu ni rasa macam memaksa diri nak menulis sesuatu.. yang pasti, saya cuba untuk tidak meleret-leretkan pengisian entry ini. 

Semalam (11 08 11), antara hari yg agak membingungkan. Hurmm~ RASA macam banyak benda nak cakap..tapi x terkeluar..apa nak di tulis pun x tau..nak letak tajuk entry pun pening.. lepas tu suka hati kan nak letak tajuk macam tu..haih~ Macam-macam rasa sejak akhir-akhir ni.. ok la...Zira ckp satu-satu la...

Semalam (11 08 11), lahirnya anak buah kedua saya. Anak pertama abang saya. Alhamdulillah selamat walaupun awal 3 minggu dari tarikh yang dijangkakan. merupakan anak buah perempuan kedua saya. RASA gembira.. RASA SEBAK pun ada.. kenapa? tak dapat dijelaskan kat sini.. biar hati ini yang tau... namanya, Nur Irdani Rifqah.. Maksudnya, Nur=Cahaya, Irdani=kehormatan kami, kebajikan/keberkatan, Rifqah=kelembutan.  Semoga beliau membesar semulia maknanya..Amin, InsyaALLAH.

Semalam (11 08 11), Tunang saya bawa saya jalan-jalan kat kedai buku.. dia mintak saya pilih satu buku supaya saya dapat baca sesuatu diwaktu lapang saya. Saya minta dia pilihkan.. dia pilihkan buku Aku Terima Nikahnya..saya RASA GEMBIRA kerana buku itu merupakan salah satu buku yang saya memang nak beli. Hati saya berbisik sendiri bagaimana dia tau.. Terima kasih bang.. Saya anggap ia sebagai hadiah dari abg.

Semalam (11 08 11), Bukan buku itu sahaja hadiah yang saya dapat. Saya dapat kasut baru pilihan tunang. Kalau ikutkan.. segala benda yang saya pakai.. yang saya beli.. semua dipilih oleh tunang. Kenapa? sebab saya nak dia suka apa yang dia tengok pada diri saya. TAPI, kalau tak kena dengan jiwa saya.. saya akan menolak dengan cara yang baik agar tidak mengecilkan hatinya (^_^)

Semalam (11 08 11), Saya dapat berbuka puasa dengan tunang saya.. Alhamdulillah.. RASA BERSYUKUR sangat-sangat. Terima kasih sekali lagi kerana menggembirakan saya bang.

Semalam (11 08 11), Saya pergi kedai buku untuk binding guestbook yang di request seorang B2B. Tapi kedai itu dah tutup dan saya tidak tahu berpindah kemana.. RASA FRUST sangat.. dan saya harus cari tempat lain dalam waktu terdekat ini. Kat Shah Alam Sek 2 mungkin ada. Sebenarnya RASA PUTUS ASA saje dah... tapi saya tetap akan cuba juga.

Semalam (11 08 11), saya mengemas dapur seorang diri dari jam 11:45 malam hingga jam 2:30 pagi iaitu awal pagi hari ini (12 08 11) dalam erti kata lain.. baru je siap kemas waktu pos entry ini. Saya RASA saya macam ***** **** sahaja. Kalau dalam cerita dongeng.. boleh lak letak saya jadi cinderella atau bawang putih. Bezanya.. tak dapat anak raja. Dapat rakyat biasa je. Kalau dihuraikan RASA dalam perenggan yang ni.. memang panjang menjela-jela hendaknya..boleh lah dibuat kat entry khas sebab isi-isi penting dan pengajaran ceritanya sangat banyak,  tetapi saya sudah terbiasa menjaga peRASAan orang lain.. jadi, saya akan terus MEMENDAM RASA iaitu RASA SAKIT HATI..Jadi, entry ini memadai untuk mengeluarkan pelbagai peRASAan dalam 1 hari. 

Walau apa pun RASAnya, saya akan cuba untuk terus memberikan senyuman (^_^)

Terima Kasih kerana membaca entry yang penuh dengan kandungan tersirat ini ;))


Salam Cinta;
Zira *Qaseh AzRin

Wednesday, 10 August 2011

Guestbook in progress (^_^)

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..

Alhamdulillah.. Zira kembali lagi ke blog.. Apa yang zira nak kongsi kali ini agaknya.. (^_^)

Zira dah pun beli barang untuk buat guestbook yang direquest oleh B2B Rini..



Tema wedding is Silver Orange.. I'll try my best to do this (^_^)
I'll publish when it's done ;)) Wait for it!!

C U Soon!

With Love!
Zira *Qaseh AzRin

Tuesday, 9 August 2011

Doorgift!

Assalamualaikum...
Salam sejahtera wahai teman-teman semua...

Wah... sangat rindu rasanya pada teman-teman.. Alhamdulillah berjumpa lagi di sini. Apa khabar semua? Ana harap kalian semua sihat belaka. (^_^) Baru beberapa hari meninggalkan blog ini..tapi rasa rindu sangat dengan teman-teman semua ;))

Hari ini.. zira berpeluang untuk mengerjakan beberapa kerja..salah satunya adalah mengambil box doorgift di butik pengantin kawan zira. Alhamdulillah dah habis bayar.. so zira pick up sikit-sikit ke rumah.. lapang la sikit pasal doorgift ni walaupun belum di isi.. yang penting box dah ada (^_^)




Sebahagian box yang dah diambil.. ada lagi 10 box kat kedai.. :) Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah... (^_^)

Hopefully preparation wedding akan berjalan lancar dan dipermudahkan ALLAH.. Amin~

Jumpa lagi!

With Love;
Zira *Qaseh AzRin

Saturday, 6 August 2011

Demi teman-teman di blogger....

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Demi teman-teman di blogger.. saya SUDAHPUN menyelesaikan bil-bil BERUKband saya.. Terima kasih Miss Sunshine sebab bagi upah design baju hari tu.. Zira ingat nak beli buku yang awak suggest..tapi tak kesampaian.. Nanti zira berusaha lagi untuk beli buku itu (^_^)

Walaupun saya sudah membayar semua bil, saya ingin berehat beberapa hari untuk menghantar apa-apa entry untuk focus dengan bunga telur tissue saya yang telah sebulan lebih diabaikan gara-gara sangat aktif berblogger.. kikiki~ tengok entry bulan lepas..banyak giler kan.. haha~ Jadi, zira ingin kembali menyelesaikan 66 btg bunga tissue lagi..

Selepas selesai dengan bunga tissue itu.. Zira berniat untuk membuat paper bags. Selepas selesai nanti..Zira akan datang kembali ke blog.. Berkongsi cerita lagi dengan anda semua.. harap-harap tak lama la ye... sebab nanti mesti rindu anda semua ;)

Ohh ye... terlupa pula.. minggu depan zira akan beli sedikit keperluan untuk membuat guestbook yang diREQUEST oleh dOdOt_ShyG. After siap nnt zira akan publish ok..

Akhir kata.. jaga kesihatan di bulan puasa ini ok.. zira love you all ;))


With Love!
Zira *Qaseh AzRin

P/s: Anybody know pameran pengantin yang terdekat???

Friday, 5 August 2011

This blog is close..

Leh tak wat statement begitu..?? This blog is close sehingga saya kembali rajin mengupdatenye.. huhu~ (^_^)

1. Maaf kerana saya agak malas.
2. Maaf kerana saya demam. Tak dapat nak update.
3. Maaf kerana saya tidak mempunyai idea untuk menulis ketika ini.
4. Maaf kerana akan membiarkan blog ini sepi seketika.

TAPI anda berpeluang untuk

1. Menyuarakan apa-apa soalan tentang perancangan perkahwinan.
2. Meminta pendapat
3. Atau apa shj yg anda ingin suarakan

KECUALI

menyakitkan hati saya.. sebab sy memang tgh demam.. tak kuat.. jadi.. jg hati saya sekejap ye.. hehehe~ (^_^)

Syg semua teman yg sentiasa sokong blog ini (^_^) (^_^) (^_^)


With Love!
Zira *Qaseh AzRin

Boleh tak kalau...

Salam..

Boleh x kalau saya x bayar bil broadband bln ni..seterusnya bln akan dtg.. dan dtg dan dtg.. sekaligus menghentikan pengeposan entry di blog ini.. (^_^) kikiki~

Love!
Zira *Qaseh AzRin

Thursday, 4 August 2011

Practice Make-up & pilihan tudung

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..

Emm..Hari ni post lambat sikit kerana keDEMAMan.. huhu~ tapi digagahkan juga.. Ok lah.. Aktiviti hari ini...

Perkara 1:

Hari ni zira saje dok practice make-up.. sebab takut lupa step.. sekali test lagi nanti..hancus.. huhu~ jadi ini hasilnya..

Opps! tu bukan hasil.. itu adalah gambar sebelum di make over.. mmg OVER dengan jerawat.. Tengok! jerawatnye sihat-sihat.. sedih betul saya tengok... haiz~ muka pucat giler demam-demam gini.. teruknya muka saya.. :p

Okay... yang ni baru betul hasilnya... bersungguh-sungguh nak wat magic dengan jerawat yg sihat tu.. berkesan tak magic nye??? hahaha~ jenuh jugak practice wat kening ni..susah sungguh~ takpe lah..nanti usaha lagi.. cuma.. bosan dah wat kat muka sendiri jew.. sape nak jadi model..meh sini! agagagaga~ nampak tak color eye shadow yg saya pakai?? kalau tak.. tengok gambar yang ni...

Color hijau-hijau gold.. :D saje pakai color ni.. actually nak pakai pink..next time la pulak ea... lipstick tu.. asalnye pink.. tah cane tukar color merah.. haha~ rasenya bibir saya yang suka wat magic.. masa tunang dulu pun same.. mak andam pakaikan color pink..tapi mkin lama jadi merah.. haha..Okay.. itu tentang latihan make-up saya..

Perkara 2:

sekarang ni.. pasal tudung.. pilihan pertama pakai inner.. cam gini lah rupa muka saya.. tengok.........

Ok ke??? Shawl putih ni mama belikan masa dia gi jalan dengan kakak kat GIANT je..tah bulan bape tak ingat dah... dia cakap teringatkan saya.. dan dia belikan kot-kot saya nak pakai masa nikah.. dia cakap RM10 je harga. Saya tak kisah pun.. saya rasa saya akan pakai shawl ni.. sebab mama yang belikan.. okay.. tu pilihan pertama..

Pilihan ke2.. tudung awning. Lihat!

Saya rasa macam tak ok (T_T) buruk je muka saya bila pakai awning ni.. dah la memang tak cantik.. emm.... Shawl tu je cantik! haha~ ok ke? ok ke? ok ke?

Perkara 3:

Dah tengok zira make-up? Dah tengok zira pakai tudung? *saya tau sy tak cantik mcm nurul syuhada.. takpe lah.. sy terima ciptaan tuhan pada muka saya ni... Huhu~

Soalan zira: Boleh tak zira make-up NIKAH nanti sendiri je??????

Perkara 4:

Eh.. dah bis lah... hehehehe~ You all jawab soalan zira okay.... TC!


With Love!
Zira *Qaseh AzRin

Wednesday, 3 August 2011

Dulu...saya punya satu hobi. Iaitu...

Assalamualaikum..
Salam sejahtera...

Sekali lagi.. disebabkan akhir-akhir ni zira berusaha untuk cleaning laptop.. zira check balik segala gambar yang perlu di delete..untuk meringankan beban laptop ini menyimpan segala gambar yang dicintai tuannya ini..ahahaha~ Dalam meneliti segala gambar.. terjumpa gambar ini... wahhh~ buku drawing ni memang dah hilang... and ingat lagi.. mase hilang.. zira nangis tau.. menyimpan 1001 makna drawing ini. Apa yang specialnya tentang buku drawing yang ditangisi dulu? Dalam buku tu takde macam-macam gambar.. Tapi semuanya gambar pokok. Dulu.......zira punya satu hobi iaitu melukis pokok.. Jadi..zira beli satu buku drawing size A4 (klu A3 memang malas aa aku nak lukis.. besar gabak..silap-silap baru lukis dahan aku da boring! Klu size A4 cepat siap!! agagagagaga~ ) Satu buku tu gambar pokok.. time tu lower 6! buku tu zira bawak gi sekolah.. klu cikgu tak masuk.. atau ada kelapangan.. memang lukis pokok je la gamaknye... aa.. time tu... tak lukis pakai pensel 2B ke ape ke... Pakai pensel charcoal.. best giler... nak tengok.. nah.....tengok ni! ahaha~ comot gila!



Emm.. Rase rindu sangat dah dengan buku drawing tu... :(
Subjek yang mesti ada dalam drawing itu adalah pokok, bangku dan juga buaian.. ada makna semua itu pada sy (^_^) comel tak.. ehehe~

With Love;
Zira *Qaseh AzRIn

Nurul Syuhada

Assalamualaikum..
Salam sejahtera...

Entry ni very short.. ;) Hari tu masa gooogle gambar tah ape-ape.. zira terjumpa gambar Nurul Syuhada.. Very simple picture..tapi tah... zira mcm suke pulak... Tapi zira amik 2 pcs je.. kalau nak tengok yang lain.. leh di jump ke website photographernye..

Mase terlihat gambar yang ni.. rase cam tertawan je... simple.. but emotion and ekspresi muka itu sangat best.. color pun best.. tempat pun best... huh.....

Sekali tgk yg ni... saya tgk je.. tak tercakap pape...sbb suka sgt-sgt the pose and everything....... like it! sekali tgk tempat dia.... hurm... ini adalah tempat saya berDATING dgn En. Tunang yang disayangi dan di cintai... hahaha...

*Rindu pulak dengan tunang da.... :(
abg... nnt nk tak amik gambar kat cni......... (^_^)

With Love:
Zira *Qaseh AzRin

Tuesday, 2 August 2011

Photography: Wedding Potraits

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Entry kali ini.. zira berkongsi pulak tentang hasil kerja photo yang pernah zira buat sekian masa dahulu..iaitu sebelum lens sy bermasalah.. wat masa ini kerja photo ini dihentikan kerana masih tidak mempunyai kos untuk membaiki lens tersebut...huhu~

I love capturing people's emotions, images and style..there's something magical about photographing people. For me, Photography is one of the magic in the world..you can stop the moment you want and keep it until you die (^_^)

Now.. I share my photos with all of you.  ;))
Silalah besar kan mata anda untuk melihatnya.. hahaha~









Ni last year shoot.. Nov 2010. Pengantin perempuan pun baru bergelar ibu ahad lepas.. selamat melahirkan bayi perempuan yang bernama Raja Nur Hazwani. Sangat comel baby girl nya.. ;)) Hopefully mereka kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin, InsyaALLAH...

With Love!
Zira *Qaseh AzRin

DIY: Kad kahwin

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Malam semalam tetiba terasa mengade-ngade nak buat design kad kawen lagi..padahal dah buat dua design.. Dulu pernah post entry pasal kad kahwin dalam Opinion needed for invitation card. I just remember mama sangat suka paisley shape.. tau tak paisley shape tu camne? contohnya camni..


Actually zira pun suka jugak.. and actually ada jugak zira gune paisley shape ni.. iaitu Guestbook zira.


Haa..itu adalah contoh paisley...and than.. selain daripada paisley.. zira sangat suka tag shape. contohnya camni..


So... dengan idea paisley and tag shape ni.. zira design kad kawen yg baru ni..


Tadaaa.. you all rasa... ok tak? zira sangat suka yang ni...sizenye masih sama.. A4 lipat 3.. Tapi ni tak finalize lagi.. ade sape-sape nak bg pendapat? lagi satu nak mintak tolong..ade tak sesiapa yang biasa wat invitation card? sebab zira nak simbol untuk plan..... klu sesape leh tolong..gi taw zira ea...

with Love;
Zira *Qaseh AzRin

----------------------------------------------------------------------------

*Update at 05:43pm, 02 August 2011 - Change background color.


*Teringat akan tema color kat rumah lelaki color peach and card ini berkongsi untuk kedua2 pihak sekali. So letak soft peach backgroundnye..just try dlo. ok tak????????? Bagi pendapat lagi...

-Zira
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...