Friday, 12 August 2011

Kisah Semalam (11 08 11) dan awal pagi Hari Ini (12 08 11)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Dok update blog pukul 2:45 pagi ni mmg x penah la buat.. bukan excited nak update pun.. cuma... tah! Waktu ni rasa macam memaksa diri nak menulis sesuatu.. yang pasti, saya cuba untuk tidak meleret-leretkan pengisian entry ini. 

Semalam (11 08 11), antara hari yg agak membingungkan. Hurmm~ RASA macam banyak benda nak cakap..tapi x terkeluar..apa nak di tulis pun x tau..nak letak tajuk entry pun pening.. lepas tu suka hati kan nak letak tajuk macam tu..haih~ Macam-macam rasa sejak akhir-akhir ni.. ok la...Zira ckp satu-satu la...

Semalam (11 08 11), lahirnya anak buah kedua saya. Anak pertama abang saya. Alhamdulillah selamat walaupun awal 3 minggu dari tarikh yang dijangkakan. merupakan anak buah perempuan kedua saya. RASA gembira.. RASA SEBAK pun ada.. kenapa? tak dapat dijelaskan kat sini.. biar hati ini yang tau... namanya, Nur Irdani Rifqah.. Maksudnya, Nur=Cahaya, Irdani=kehormatan kami, kebajikan/keberkatan, Rifqah=kelembutan.  Semoga beliau membesar semulia maknanya..Amin, InsyaALLAH.

Semalam (11 08 11), Tunang saya bawa saya jalan-jalan kat kedai buku.. dia mintak saya pilih satu buku supaya saya dapat baca sesuatu diwaktu lapang saya. Saya minta dia pilihkan.. dia pilihkan buku Aku Terima Nikahnya..saya RASA GEMBIRA kerana buku itu merupakan salah satu buku yang saya memang nak beli. Hati saya berbisik sendiri bagaimana dia tau.. Terima kasih bang.. Saya anggap ia sebagai hadiah dari abg.

Semalam (11 08 11), Bukan buku itu sahaja hadiah yang saya dapat. Saya dapat kasut baru pilihan tunang. Kalau ikutkan.. segala benda yang saya pakai.. yang saya beli.. semua dipilih oleh tunang. Kenapa? sebab saya nak dia suka apa yang dia tengok pada diri saya. TAPI, kalau tak kena dengan jiwa saya.. saya akan menolak dengan cara yang baik agar tidak mengecilkan hatinya (^_^)

Semalam (11 08 11), Saya dapat berbuka puasa dengan tunang saya.. Alhamdulillah.. RASA BERSYUKUR sangat-sangat. Terima kasih sekali lagi kerana menggembirakan saya bang.

Semalam (11 08 11), Saya pergi kedai buku untuk binding guestbook yang di request seorang B2B. Tapi kedai itu dah tutup dan saya tidak tahu berpindah kemana.. RASA FRUST sangat.. dan saya harus cari tempat lain dalam waktu terdekat ini. Kat Shah Alam Sek 2 mungkin ada. Sebenarnya RASA PUTUS ASA saje dah... tapi saya tetap akan cuba juga.

Semalam (11 08 11), saya mengemas dapur seorang diri dari jam 11:45 malam hingga jam 2:30 pagi iaitu awal pagi hari ini (12 08 11) dalam erti kata lain.. baru je siap kemas waktu pos entry ini. Saya RASA saya macam ***** **** sahaja. Kalau dalam cerita dongeng.. boleh lak letak saya jadi cinderella atau bawang putih. Bezanya.. tak dapat anak raja. Dapat rakyat biasa je. Kalau dihuraikan RASA dalam perenggan yang ni.. memang panjang menjela-jela hendaknya..boleh lah dibuat kat entry khas sebab isi-isi penting dan pengajaran ceritanya sangat banyak,  tetapi saya sudah terbiasa menjaga peRASAan orang lain.. jadi, saya akan terus MEMENDAM RASA iaitu RASA SAKIT HATI..Jadi, entry ini memadai untuk mengeluarkan pelbagai peRASAan dalam 1 hari. 

Walau apa pun RASAnya, saya akan cuba untuk terus memberikan senyuman (^_^)

Terima Kasih kerana membaca entry yang penuh dengan kandungan tersirat ini ;))


Salam Cinta;
Zira *Qaseh AzRin

2 comments:

  1. itu la... kehidupan yg penuh rasa.. rasa asam garam dunia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...