Monday, 15 August 2011

VOice of loVE


Indah pada zahir tidak semestinya indah pada batin.
Senyum yang terlukis dibibir mungkin hanya seperti
lukisan dinding disebalik tabir.
Dalamnya dasar laut mungkin tidak sedalam rasa
pahit di hati yang semakin menghanyut.
Tingginya gunung di bumi mungkin lebih
tinggi amarah di diri.
Cinta yang lama terpatri sangat sukar dicari ganti.
Sayang yang hinggap di hati akan sentiasa kekal abadi.
Kasih yang hanya satu tidak sanggup untuk di bahagi.
Sakit yang ditanggung bukanlah seperti yang
ditayang di dalam panggung.
Air mata yang menitis mungkin boleh menjadi
darah yang menghakis.
Sujudku saban hari kerana bersedia dijemput ilahi.
Berjanji padaku bahawa tiada setitis pun air mata yang
mengalir apabila tiba masa untuk aku pergi.

- Kisah Qaseh AzRin

5 comments:

  1. sesuatu yg amat mendalam mknenye..
    bt rini rse tersentuh dgn cebisan kate2 zira..

    ReplyDelete
  2. zira? kenapa ni.. mcm ade sesuatu je ni...

    ReplyDelete
  3. Atie: "Dalamnya dasar laut mungkin tidak sedalam rasa pahit di hati yang semakin menghanyut" (^_^)

    Hana: Perjalanan hidup itu ada selok belok dan turun naiknya, Ada suka dan dukanya, ada sakit dan peritnya. Yang penting kita ketawa (^_^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...